Sihat tu pun pinjaman.


Ketika entri ni siap menaip, Sally dah masuk hari keempat dah demam...Kali ni demam agak lain macam sikit...daripada 40.0° ke 38.6° dan menginjak balik ke 39.8°...Panas badan tak jugak kebah...Sally pun dah lama tak berdarah hidung, sampai meleleh la semalam kat office hidung ni...Nasib jugak sekejap je dia berdarah...kalau tak sampai ke baju la mengalirnya...

Betul la orang kata, apa yang kita ada semunya pinjaman daripada DIA, kalau DIA nak tarik balik...belum puas kita guna pun DIA boleh rampas kembali...Kesihatan kita pun macam tu...Jadinya, jangan lupa bersyukur ketika kita sihat, dan bersyukur jugak kerana terpilih bila kesihatan yang dipinjamkan ditarik balik...

Buat masa ni rasanya demam je yang masih berlarutan...walaupun masih lagi selsema, dan hilang selera makan...tapi takde la sampai terdampar atas katil sepanjang hari...masih boleh bangun cuma tak la sekuat macam biasa...dan masih lagi MC buat masa ni...Doakan la Sally cepat sihat ye! Banyak benda nak buat lagi ni..

Kaohsiung - November 2015

Post a Comment

10 Comments

  1. Demam ni signal body nak suruh kita rehat tauuu Sally, tu Sally kena dapatkan rehat yang cukup. Semoga cepat sembuh nanti.

    Betullah, kesihatan tu satu nikmat yg kita jarang sedar sampai kita sakit.

    ReplyDelete
  2. get well soon sally, makan ubat ikut timing dan banyakkan berehat...

    ReplyDelete
  3. Patutlah sunyi dari update. Selalu meriah juga blog Sally ni ^)^
    Sakit tu inshaAllah boleh menebus dosa-dosa kecil kita.
    Banyak hikmahnya. Semoga cepat sembuh Sally. ^_^

    ReplyDelete
  4. Semoga Sally cepat sembuh ... Cer minum air badak untuk sejuk kan badan ... Insyaallah ...

    ReplyDelete
  5. Get well soon dear...
    please pegi klinik or hospital...
    jangan biarkan...

    ReplyDelete
  6. Amiiin .. dah sihat ke sekarang kak sally ?

    ReplyDelete
  7. hm...Sama la. Tapi aku bukan demam T.T aku putus tendon teruiiii...
    Dua bulan tak boleh jalan sebab nak make sure tendon pulih sepenuhnya. Baru sebulan berlalu, another one month to go, itu pun kena fisio and maybe 3 months baru berjalan normal T.T Dugaannnnn

    ReplyDelete
  8. banyakkan minum air masak .. in shaa allah dapat terhindar drpd demam =))

    ReplyDelete
  9. 5 perkara sebelum lima perkara. salah satunya sihat sebelum sakit.
    semoga cepat sembuh kak Sally! inshaaAllah kuat! himnae! :D

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!