Koleksi terbaru Sumber Ayu; Pembersih Kawasan Intim Wanita.


Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim. Wanita; kebersihan pada kawasan intim sangat la perlu dititikberatkan dan diambil serius. Bahagia intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan bakteria yang akan menyebabkan kita berasa tidak selesa jika tidak dijaga dengan rapi.

Kalau korang mencari-cari produk yang sesuai untuk menjaga, membersih dan mengekalkan kesegaran pada bahagian intim wanita, Sally cadangkan korang cuba Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, yang kini telah dipertingkatkan dengan ektrak daun sirih yang mampu memberikan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi terbaru ini diperhebatkan lagi dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.


Terdapat 6 variasi terbaru dalam koleksi Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, dan Sally ada 3 daripadanya…seronok pulak mengumpul…lagipun semuanya wangi dan botol dia menarik perhatian; seksi dengan gambaran lekuk badan wanita...hahahaha..Lagipun ianya senang disimpan dan sesuai untuk dibawa kemana-mana.

Meh Sally nak cerita dengan korang pasal variasi yang ada dalam rangkaian terbaru ni...

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid – Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Mawar – Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Floral – Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Musk – Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir
– Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Fruity – Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.

Kalau tanya Sally, Sally prefer yang Gambir atau Floral…pada Sally, gambir mempunyai bau yang lembut je bau…macam bau bedak baby..hehehe..yang Floral pulak lebih feminine dengan bau bunga-bungaan yang tidak terlalu kuat, just nice laa…Pembersih ni juga di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah. So, don’t worry okay?

Dah! Jangan lupa dapatkan rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU formulasi yang terbaru ni tau, korang boleh didapati di farmasi pada harga RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml).

Post a Comment

4 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!