Drama Mariam Alisa di TV3


PELAKON-PELAKON DRAMA MARIAM ALISA | Sally ni bukan pengikut setia drama Melayu, tapi entah macam mana terdetik nak ikuti perkembangan drama ni...Mariam Alisa...Nama pun sedap je bila dengar..hihihi

Drama ni dibarisi beberapa orang pelakon baru dan juga tak dilupakan pelakon lama, contohnya macam Ben Amir, Aida Aris, Roy Azman dan ramai lagi.


Tajuk Drama : MARIAM ALISA
Bil Episod : 13 episod
Tarikh mula tayangan : 25 Ogos 2016
Waktu Tayangan : Rabu - Jumaat, 9 malam
Saluran tayangan : TV3
Senarai Pelakon : Zalikha Awaluddin, Najua Pramlee, Elvina Teylv, Ben Amir, Amirul Faqeem, Haris Zainuddin, Aida Aris, Roy Azman, dan Nadia Aqilah.

Sinopsis:

Drama Mariam Alisa mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang cantik. Dia tinggal berdua bersama ayahnya yang uzur dan lumpuh. Nama gadis itu Mariam Alisa (Elvina). Ayah Mariam berasa tidak selesa bila dirinya dijaga dan dirawat oleh anak daranya itu. Dia mencadangkan agar Mariam bernikah dengan Ustaz Haiqal memandangkan Ustaz Haiqal kerap melawat kedua beranak ini dan sering membantu Mariam. Biarpun Ustaz Haikal adalah seorang lelaki yang baik, hati Mariam tidak terbuka untuknya atau mana-mana lelaki lain. Ini kerana dia telah serik dipermainkan oleh lelaki yang berada.

Untuk menyara kehidupan dia dan ayahnya, Mariam menjual nasi lemak di sebuah gerai di kampung mereka itu. Begitulah rutin kehidupan Mariam setiap hari. Hendak dijadikan cerita, satu hari seorang lelaki bernama Farhan singgah di gerai itu untuk membeli nasi lemak.

Kecantikan Mariam membuatkan lelaki itu terpukau seketika sehingga langsung tidak mendengar pertanyaan Mariam. Mariam menyangkakan lelaki itu pekak. Malah dari cara pemakaian lelaki itu, Mariam membuat andaian lelaki itu adalah seorang yang tidak berada.

Semenjak pertemuan pertama itu, Farhan kerap singgah ke kedai Mariam. Tujuan sebenarnya bukan untuk membeli nasi lemak tetapi kerana ingin melihat Mariam. Mariam pula mula tertarik kepada Farhan, tetapi dia masih tidak tahu bahawa sebenarnya Farhan bukan seorang lelaki yang pekak.

Adakah Farhan akan berterusan berpura-pura pekak? Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini. Benarkah Farhan bukan lelaki berada? Bagaimana pula dengan permintaan ayah Mariam yang inginkan dirinya berkahwin dengan Ustaz Haiqal.

Sumber: notainfo.com

Haaa...ada tak antara korang yang tengok drama ni...? Sally suka tengok lakonan Elvina...Walaupun pelakon baru tapi dia ni macam ada aura yang tersendiri...Eh, susah tau nak tgk Sally excited tgk drama melayu..hehehehe

Macam mana drama ni so far?

Post a Comment

4 Comments

  1. Klau dh terbuka tv channel tu, lyan kn jgk la.. Heee

    ReplyDelete
  2. Ditektor dia ni kawan sekolah ahkak ni Sally. Belum layan lagi cite dia. Sedap ke? Pelakon semua baru baru ek Sally tu yg mcm tak berminat nak tengok tu

    ReplyDelete
  3. Patutlah macam tak tahu... Sebab kul 9 rupanya.. jarang betul tengok tv waktu tu...

    ReplyDelete
  4. Cikna layan cerita ni, kdng2 t'miss jgk sbb clash ngan Lara oh Lara,huhuu....;-)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!