Resepi : Popiah Cheese Chicken Mushroom.


Kalau ikutkan, panjang lagi nama popiah ni..tapi udoh-udoh la dengan nama glemer...Popiah je pun kan..hahahaha...Rasanya popiah ni boleh buat macam-macam inti...dan sebenarnya Sally nak cuba buat pau cendawan yang tgh viral sangat tu tapi sebab malas nak uli tepung untuk pau dia, Sally convert jela kepada kulit popiah...

Resepi ni pun Sally olah sedikit daripada resepi yang ada kat Facebook...So, jom kita masak!

Bahan-bahan yang Sally gunakan ni cukup untuk buat 50 biji popiah...

1. Ayam Cincang (400gm)
2. Bawang Holland (2 labu) - cincang halus
3. Bawang Besar (1 labu) - cincang halus
4. Bawang Putih (3-4 ulas) - cincang halus
5. Hotdong Ayam (1 bungkus) - potong tengah dan potong kecil
6. Cendawan Butang (1 tin) - potong halus
7. Lobak merah (1-2 batang) - sagat halus atau potong dadu
8. Cheddar cheese - sagat halus / potong memanjang
9. Sup cendawan / sup ayam (yang creamy tau bukan masak sendiri)
10. Kulit popiah


Bahan-bahan tadi, korang buat la macam dalam gambar...Disebabkan Sally gunakan sup cendawan serbuk, jadinya Sally kena masak dulu...tapi kalau nak senang, korang guna yang dah ada dalam tin tu ye..


Kalau guna sup dalam cendawan, boleh skip satu langkah dan boleh terus masak..

Dalam kuali, masak semua bahan tadi...pastikan minyak tak terlalu banyak..cukup untuk menumis sahaja...macam biasa mulakan dengan bawang, ayam cincang, lobak merah, cendawan dan sup cendawan last sekali...



Masak semua bahan tadi sampai agak layu sikit dan masukkan sup cendawan, disebabkan kita nak gulung..Kalau boleh masak sampai agak kering sikit...biar nampak creamy tapi jangan basah sangat..boleh agak tak?

Biar sejuk sedikit dan korang dah boleh start gulung dah...

Cheese tu tabur sikit masa tgh gulung...lepas tu dah boleh goreng dah! hehehe...

Selamat memasak, menggulung dan menggoreng!

Post a Comment

5 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!