Steaks, Burgers dan Shakes di NY Steak Shack, Sunway Pyramid.


Bila ke Sunway Pyramid, "nak makan kat mana..?" merupakan soalan yang paling menguji minda...terlalu banyak kedai yang ada dan kali ni Sally nak kongsi dengan korang salah satu kedai makan yang ada di Sunway Pyramid; NY Steak Shack!

Basically NY Steak Shack menjual makanan western laa...macam burger, pasta, steaks dan pelbagai lagi...terbaru ni Sally dah cuba menu baru; "The Gastronomic Adventure"...ada macam-macam makanan yang sedap, serius tak tipu...kepada peminat daging lembu dan kambing, this is the special entry made for you! hahaha..


D'Chiller (RM6.25)
Ais blended dengan campuran lemon milkshake dan daun pudina. Rasa dia sangat fresh dan tak muak.


Spicy Salsa Lamb Burger (RM25.33)
 Ini burger favorite Sally...sos salsa dia yang pedas tapi menarik kita untuk terus makan...daging burger ni dibuat sendiri oleh kitchen mereka...setiap satu patty tu berat dia 165gram...


Just Wings (RM 11.55)
Ayam ni dimasak secara deep fried, garing dan best kalau makan panas-panas...


D' Bomb (RM10.50)
Suka sangat makan meatball kan..? Ini Sally kongsi dengan korang homemade giant meatball seberat 150gram yang disajikan dengan brown sauce dan roti bakar Oregano dan jagung yang digril.


D' Perfect Match (RM63.50)
Ini wajib cuba, ada kambing yang dah diperap (200gram) dan spicy ribeye steak (200gram), disiram dengan brown sauce dan disajikan dengan nasi cendawan dan labu seperti sayur campur!


 Meaty Affairs (RM63.50)
Ini khas utk peminat daging, dalam platter ni korang akan dapat giant meatballs (300gram) , lamb leg (200gram) dan buffalo chicken wings wings..sajikan dengan nasi cendawan dan labu seperti sayur campur dan jagung!


Treasures In A Bag (RM63.50)
Selalunya kita dengan seafood je yang dimasak dan disajikan dalam beg plastik kan...jangan risau sebab daging pun ada eh... Treasures In A Bag didatangkan dengan ribeye steak (200gram) dan homemade meatballs (150gram) dimasak dengan sayur campur dan jagung dengan sos lada hitam...sedap gila weh!

Lepas ni kalau korang ke Sunway Pyramid, dan ada masalah "nak makan kat mana", korang boleh cuba makan di NY Steak Shack...Ada pelbagai pilihan masakan daging dan burgers...semuanya besar dan puas untuk kita makan...

FACEBOOK | INSTAGRAM | TWITTER
www.nysteakshack.com

Post a Comment

9 Comments

  1. wowwweee mengancam nyer menu..kalau pegi sana nak try lah!

    ReplyDelete
  2. Tengok pun meleleh ha air liur. jenuh tahan baldi *K tipu. Tgok harga dia :') amboi2 kalau hujung bulan syiok la. Cuba tgh bulan pegi komfem kena cuci pinggan . hahah.

    ReplyDelete
  3. Alamak sedapnya . Lamaaa x makan steak.

    ReplyDelete
  4. Dulu pun saya pernah makan kt sini masa berbuka puasa. Teringinya nk rasa treasures in a bag tu! Kuah black paper melimpah, haha. Satu plate tu agak2 boleh share berapa org eh kak sally?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kak sally punya kapasiti...dalam 2-4 org je cukup..hihihi

      Delete
  5. Terliur tau bulan-bulan puasa ni

    ReplyDelete
  6. pehhhh... sedap gilerrr ^^

    http://www.mohdnoorshawals.com/

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!