Peta dunia Instagram ni mmg betul buat semangat........


Peta dunia Instagram ni mmg betul buat semangat........berkobar-kobar!!!

Kebiasaannya bila kita update Instagram, masa update gambar tu mesti kita akan check in kat mana yang kita akan pergi kan...Sally jujurnya mmg tak pernah tau pun kita boleh check tempat yang kita check in dan akan keluar peta macam ni...


Diam tak diam, dah 6 negara Sally jejaki...bukannya mudah nak sampai tapi alhamdulillah...Allah berikan beberapa peluang untuk Sally berjalan kebumi Allah yang serba luas ni...Betul la orang kata, bila jauh kita berjalan...makin luas pemikiran kita...but I will always loved Malaysia!

Buat masa ni Sally dah menziarah ke Singapura, Korea, Indonesia, Taiwan, Vietnam, Thailand, Melbourne...Seronok bila berjalan, tengok budaya, makanan, dan kepelbagaian kehidupan yang berbeza dari Malaysia.


Yang ini peta Taiwan, daripada 9 daerah yang ada, hanya 5 yang mampu Sally teroka masa ke Taiwan...Kaohsiung, New Taipei, Taichung, Taipei dan Taoyuan...Yang ini pun dan macam-macam benda yang terjadi...tapi Sally tetap bangga sebab Sally dengan geng travel Sally dapat habiskan trip kami!


Ini peta yang paling Sally suka, KOREA! Hahahaha...Tak banyak rupanya yang Sally update masa kat Korea dulu...Jujurnya trip ni paling best...Walaupun geng travel hanya sempat jumpa 2-3 kali jer sebelum berlepas...tapi tetap dapat sekepala...hihihi...terasa macam nak repeat lagi sekali je...

Hmmm...pada Sally, travel ni umpama kita menjelajah syurga dunia...baik yang ada didalam ataupun diluar negara...Bakat-bakat fotografi terpendam pun perlahan-lahan tergali....Walaupun traveling adalah pilihan, Sally tetap rasa pilihan Sally ni sangat tepat...

"Kalau asyik travel ke mall je, dapat apa...?"

Sindiran, tapi ada kebenarannya kan..?






Post a Comment

10 Comments

  1. Bestnya banyak travle, mesti sangat luas pengalaman dan pemandangan yang dah dilihat kan?

    ReplyDelete
  2. wah bestnya sally..beruntung sally dah dapat pergi ke negara orang.melihat dan merasa apa yang ada di negara lain..keep it up!!

    ReplyDelete
  3. Bestnya sally! Banyak dah negara travel. Siqah setakat korea je pernah. Hii. Seronok travel kan. Tengok negara orang dan budaya mereka, paling best cuba makanan dorang! Hihi.

    Yang ayat last sekali tu memang ada kebenarannya :)

    ReplyDelete
  4. Best arr dpt travel kat luar negara..kita x pernh lgi hhaha

    ReplyDelete
  5. Waa..best..alhamdulillah...Sally pergi...kongsi diblog PC tumpang menikmati keindahan bumi asing melalui gambar-gambar yang Sally dan blogger lain sudi kongsikan.. :)

    ReplyDelete
  6. wow!6 negara dah yea...
    akk 0 negara... :P

    ReplyDelete
  7. best kann tengok peta ni :D dulu saya ingatkan kena update kat tempat tu sendiri kalau nak masuk peta, tapi okay je kalau update lepas travel pun. latergram gitu :D

    ReplyDelete
  8. wahhhhh... untungnya dah jalan banyak negara...

    ReplyDelete
  9. Nani pun baru tengok peta ni hari tu. Tapi peta Nani dalam Malaysia aje lah. Hahaha

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!