Sukakan desserts? Korang kena kunjungi Auntie Tartlets di Seremban 2!


Siapa sini suka makan kek, tarts, puff dan benda-benda manis..? Sally mmg suka makan benda-benda ni...Walaupun tahu banyak kandungan gula tapi rasanya kalau berbicara tentang makanan yang manis-manis dan comel, memang buat kita gembira kan...?

Auntie Tartlets memulakan perniagaan mereka dengan menjual makanan berunsurkan pastri macam tarts, kek, puff, pelbagai jenis roti, donut dan macam-macam lagi..Bukan tu sahaja, masih ada lagi makanan yang berat seperti makanan barat dan takkan dilupakan makanan melayu kita...



Sebelum ni, Auntie Tartlets hanya menjalankan perniagaan mereka melalui delivery, whatsApps sehingga la owner dapat idea untuk membuka sebuah kafe bagi memudahkan ramai lagi orang dapat merasai makanan yang mereka sediakan...
 






Jujurnya, Sally bangga gila dengan pencapaian orang melayu kita yang sentiasa ingin maju kehadapan...mengambil peluang yang ada bagi menaik taraf kehidupan sendiri...Di kafe Auntie Tartlets, korang boleh dapat pelbagai jenis makanan...termasuklah makanan barat seperti spaghetti dan tak lupa masakan melayu...antaranyaaa....






Harga makanan kat sini mmg sangat berpatutan dan bagi Sally sangat la sesuai dengan portion makanan yang diberikan...Sally rasa owner Auntie Tartlets ni sangat la baik, katanya biarlah orang puas makan dan kenyang dengan senyuman tanpa fikirkan harga makanan..Bukannya hanya dia yang untung, dia mahukan pelanggan pun dapat keuntungan...salute!

Kepada korang yang tinggal di Seremban, Sally mmg sarankan sangat korang kesini...dan lagi satu ada berita baik yang Sally nak kongsikan.

PROMOSI NASI LEMAK BASMATHI + TEH O HANYA RM1.50


Percaya tak kalau Sally cakap, dengan RM1.50 korang boleh dapatkan Nasi Lemak yang dimasak menggunakan beras basmathi dan juga secawan Teh O Panas/Sejuk..? 

Percayalah, hanya di Kafe Auntie Tartlets korang boleh dapatkan harga ni...Jujur Sally suka sambalnya dan bagi Sally rasanya mmg sangat sempurna untuk harga tu...Lepas ni kalau dah kurang budget atau nak makan dengan harga yang budget, korang boleh ke kafe ni...Sally yakin korang takkan menyesal kalau korang pencinta desserts macam Sally!


KAFETERIA AUNTIE TARTLETS

No. 173, Jalan S2 B22, Pusat Dagangan Seremban 2, 70300 Seremban
(berhampiran Centrio, bersebelahan Butik Mawaddah dan Floor Depot)

☎️ 06-601 1515

Post a Comment

10 Comments

  1. Sedapnyaaaaaaaaaq ,tp jauh . Erm erm

    ReplyDelete
  2. Sedapnye!! 😋 Tapi bila la nak ke seremban 2.. Huhuhuu.. Anyway hari tu ada tanya pasal rainbow bagel kat TTDI kan? Kat Persiaran Zaaba. Hihihii..

    ReplyDelete
  3. alahaii .. bleh pegsan nengok lelama . hahahaa..

    ReplyDelete
  4. sedapnyee..lapar pulak malam-malam ni tengok makanan ni..aduhhh..boleh try ni bila-bila pergi seremban.

    My Stupid Boss 2016

    ReplyDelete
  5. lapar lah tengok gambar makanan ni huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. Banyaknya pilihan makanan dia :O

    Semua pun nampak sedap!

    ReplyDelete
  7. dugaan apakah ini!!!???? sedaynya laaahai...

    ReplyDelete
  8. Dah datang makan dekat sini, tapi xdapat nak rasa nasi lemak tue... T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha lepasni event kena start lambat sikit

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!