Pelancaran Kempen Penjagaan Oral SYSTEMA, ‘START RIGHT BRUSH RIGHT’


Apabila anda mencecah usia 60 atau 80, dalam fikiran anda, berapa batang gigi kekal yang anda mungkin masih miliki? Pernahkah anda terfikir apakah yang bakal terjadi kepada kehidupan anda jika anda tidak mempunyai gigi kekal yang berfungsi serta mencukupi? Bayangkan saat di mana anda terpaksa memulakan hari anda dengan pilihan makanan yang terhad kerana kekurangan gigi untuk mengunyah.

Gusi anda yang terdedah juga akan berhadapan dengan risiko jangkitan serta penyakit yang akan masuk ke dalam sistem badan anda. Menurut lembaran fakta Kesatuan Kesihatan Sedunia (WHO) N°318, kebersihan gigi yang kurang memuaskan adalah faktor kepada risiko jangkitan mulut dan jangkitan mulut seringkali dikaitkan dengan penyakit-penyakit tahap kronik seperti penyakit jantung, kanser, penyakit pernafasan dan diabetes. Disebabkan oleh komplikasi penyakit tambahan tersebut, mereka yang tidak mempunyai gigi mungkin mempunyai jangkahayat yang lebih rendah berbanding dengan mereka yang mempunyai set gigi yang lengkap.



Selain faktor kesihatan dan komplikasi pemakanan, mereka yang tidak mempunyai gigi atau mempunyai kesihatan gigi yang kurang memuaskan seringkali berhadapan dengan masalah kurang keyakinan berbanding dengan mereka yang mempunyai set gigi yang lengkap. Bayangkan keadaan mereka yang tidak boleh mengukir senyuman kerana malu akibat ketiadaan gigi atau tidak boleh bertutur dengan lancar kerana terdapat ruangan pada gigi yang telah hilang.

SYSTEMA berus gigi nombor 1 di Jepun dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebuah agensi kerajaan di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Malaysian Private Dental Practitioners’ Association telah melancarkan kempen “Start Right Brush Right, Healthy Teeth for Life.” Kempen yang dianjurkan bersempena dengan Bulan Kesihatan Pergigian Sedunia ini telah dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun.



Kempen “Start Right Brush Right. Healthy Teeth For Life” ini ditujukan untuk menggalakkan rakyat Malaysia supaya menjadikan tabiat penjagaan gigi yang baik sebagai salah satu rutin harian sedari usia muda untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 20 batang gigi walaupun mereka telah mencapai usia emas 80 tahun . Kempen ini juga bertujuan untuk menyampaikan maklumat serta ilmu yang tepat tentang kebersihan gigi. SYSTEMA percaya bahawa kebersihan gigi yang berkesan bermula dengan 2 langkah mudah, iaitu memilih berus gigi yang betul serta mula mengamalkan teknik-teknik pemberusan gigi serta tabiat yang disyorkan oleh pengamal bidang pergigian professional.

Dalam ucapan beliau semasa di majlis pelancaran kempen, Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, “Wanita sebagai ibu harus menanam cara-cara penjagaan gigi yang betul kepada anak-anak mereka sedari kecil. Bermula dengan membantu anak anda memberus gigi sehinggalah mereka mencapai usia yang sesuai untuk memberus gigi secara berdikari, para ibulah yang mendidik anak-anak mereka dengan teknik memberus yang betul di samping memastikan agar mereka memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Masih belum terlambat lagi untuk mendidik anak-anak anda menjaga gigi dan gusi mereka kerana sesuatu tabiat yang sihat itu, apabila dipraktikkan semenjak kecil, akan menampakkan hasil apabila mereka dewasa kelak.”



“Untuk gigi serta gusi yang sihat, berus gigi ialah peralatan yang penting; ia harus berupaya untuk membersihkan gigi lebih dari sekadar di permukaan bahkan ke setiap sisi dan celah gigi, terutamanya di bahagian yang amat susah untuk dicapai seperti gusi, bahagian belakang gigi dan di celah-celah gigi, dan lembut pada gigi dan gusi. Dengan bulu tirus 0.02mm yang dipatenkan oleh SYSTEMA, masalah memberus setiap bahagian gigi yang susah untuk dicapai bagi menyingkirkan karang gigi dan sisa makanan boleh ditangani dan dilakukan dengan cara yang lebih berkesan dan selesa,” kata Christina Yong , Pengarah Pemasaran Southern Lion.

Berbicara tentang topik bagaimanakah cara untuk memilih berus gigi serta memberus gigi menggunakan teknik memberus yang betul, Dr. Fauziah Mohamed Yunus menerangkan, “Terdapat beberapa manfaat apabila anda memilih berus gigi berbulu tirus: ia boleh memasuki garisan gusi dan di celah-celah gigi dengan berkesan. Selain itu, berus gigi berbulu tirus juga lebih lembut untuk permukaan enamel gigi dan juga gusi. Bulu lembut adalah penting kerana, walaupun ramai berpendapat bahawa adalah lebih bersih jika kita memberus gigi dengan bulu yang keras, sebenarnya ia akan menghauskan gusi lantas mendedahkan akar gigi anda yang mempunyai kurang lapisan enamel dan mudah terhakis. Pemberusan kuat dengan bulu yang kasar bukan sahaja mengakibatkan kesakitan pada gusi, malahan turut merosakkan gusi yang mungkin akan dipenuhi dengan bakteria dan kuman.”

Dalam mencapai matlamat untuk membantu lebih banyak rakyat Malaysia untuk mendapatkan gigi dan mulut yang sihat, SYSTEMA telah berikrar untuk menyumbangkan sebanyak 10,000 kit pergigian dan berus gigi kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi Kembara Kebajikan 1 Malaysia dalam menggalakkan amalan penjagaan gigi yang baik di kalangan rakyat Malaysia.

Kini, mendapatkan gigi dan gusi yang sihat adalah mudah melalui SYSTEMA. Amalan penjagaan gigi yang baik memberikan anda lebih dari sekadar perlindungan kepada mulut anda; ia juga bagus untuk permulaan gaya hidup yang lebih sihat. Mulakan dengan berus gigi yang tepat, dan berus gigi dengan cara yang betul bagi mendapatkan gigi serta kehidupan yang sihat.

Post a Comment

1 Comments

  1. tengok ni tingat plak.. lama x ganti berus gigi yang guna skarang ehehe..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!