Meraikan Hari Ibu dengan pakej percutian santai di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur!


Diam tak diam dah, Hari Ibu dah nak menjengah...apa plan korang untuk ibu tersayang tahun ni..? Haa! Kalau belum ada idea nak buat ape, nak surprise kan apa untuk ibu atau mungkin ada isteri yang nak mintak shuben belanja percutian sempena Hari Ibu ni...Sally nak cadangkan korang ke Sunway Putra Hotel sempena meraikan Hari Ibu dengan tema My Mom My Superhero yang bakal diadakan pada 7 dan 8 Mei 2016 ni.



Sebelum tu, Sally bersyukur sangat sebab dijemput oleh pihak Sunway Putra Hotel untuk menjadi antara yang pertama merasai pengalaman meraikan Hari Ibu dengan tema My Mom My Superhero, dan untuk menjadikan percutian santai ni lebih bermakna dan kena dengan temanya, Sally bawa ibu untuk merasakan sendiri pengalaman kat sini...Walaupun Sally mungkin tak mampu nak bagikan kemewahan, kongsi rezeki ni pun rasanya dah bermakna bg Sally.



Sally dapat sebuah suite yang menghadap swimming pool..Kalau tak sebab bilik suite ni tinggi ni daripada swimming pool, mmg dah lama Sally loncat daripada sini ke swimming pool..Hahahaha...okay laaa...Sally tipu je..mana berani oii!

Masuk je ke bilik, nampak dua ekor angsa ni...alaaaa...romantiknyaaa lahai katil...kita dengan mak kita laaa bukan dengan shuben! Hahaha...Ibu punya excited nampak angsa dua ekor ni...Sampai tak nak bagi Sally angsa tuuu...angkat angsa pun bersungguh-sungguh spaya tak terburai..ibu...ibu...



Selfie is a must okay? Hahahaha...percaya tak...Sally ni jarang ambil gambar dengan ibu...kalau orang tak amikkan mmg takkan ada la gambar bagai...entah laaa...ibu kata dia dah tua laa...Malu la nak ambik gambar laa...ayaaaa...tak pasal-pasal kita yang takde gambar dengan dia..hihihi...

Sally check-in pukul 6pm masa tu sebab malas nak ambik cuti...hishhh...menyesal pun ada sebab tak sempat nak habiskan masa jalan-jalan sekitar hotel ni...Kalau tau lain kali datang awal sikit kan...eh, confident je ada lagi next time kan! Hahahaha...

Untuk pakej meraikan Hari Ibu dengan tema My Mom My Superhero ini, Sally rasa sangat berbaloi dengan segala facilities yang akan kita dapat...dengan hanya RM488 (nett) korang akan dapat free upgrade ke Deluxe room, dapat percuma sarapan pagi dan juga menikmati Hi-Tea buffet yang akan disajikan di Coffee House mereka yang baru dibaikpulih, dapat percuma parking, voucher bernilai RM20 daripada Tezzer Sallon dan yang paling istimewa ialah hadiah surprise daripada Bonia!




Sebelum bersarapan pagi, Sally dan ibu sempat la menjengah ke swimming pool...Haihhh...kalau ikut hati mmg nak berendam je tapi bila memikirkan panas membahang dengan matahari kat atas kepala, terus tak jadi...dapat bersantai tengok orang berendam pun boleh laaa....

Jujurnya Sally ni tak reti berenang, pulak pool dia ada sampai 10 meter kedalaman dia..hahahaha...lagi la seram tapi korang jangan risau sebab ada jugak dua pool yang berlainan untuk anak-anak...

Lupa Sally nak bagitau, yang pakej ni termasuk untuk dua (2) orang dewasa dan juga dua (2) kanak-kanak..berbaloi kan..? Selain daripada ibu kita, kita boleh la jugak bawak anak-anak buah ke, anak sendiri ke...




Ada pelbagai menu untuk buffet sarapan pagi...Kalau korang biasa dengan buffet sarapan pagi, mesti dapat agak apa yang Sally ceritakan ni kan...daripada pastri, roti bakar, makanan berat seperti lontong, Nasi Lemak, pelbagai menu telur seperti scramble egg, dan macam-macam lagi!

Pendek kata semua benda yang korang nak makan untuk sarapan pagi ada...Huihhh! Kalau tak dikenangkan lepas sesi sarapan pagi ni ada sesi yoga dengan Atilia, mmg Sally makan sampai kenyang sekenyangnya...hahahaha...Oh, tapi sesi yoga ni hanya special untuk media preview yer..takde dalam itinerary untuk pakej "My Mom My Superhero" ni tau!


Ya Allah, stress tengok Atilia ni...kecik molek je..tu tak tengok lagi perut dia...kempis nyaaa...kalau letak Sally, sama dengan 4 orang Atilia tau! Hahahaha...pagi tu dia ajar kami beberapa basic movement yoga yang kita boleh praktikkan masa kat rumah, buat masa tengah tengok TV ke kan...hahahaha


Kahkahkah...comel sangat Atilia ni...time ni kesian tengok ibu tapi as long as dia happy pun dah okay sangat...Sally rasa tak menyesal sebab heret ibu ke sini...awalnya dia macam nak tak nak je tau...Nasib baik jugak la dapat pujuk dia...kalau tak mesti dia menyesal tak ikut Sally..hahahaha...

Sunway Putra Hotel ni mempunyai 320 buah bilik Deluxe, jadinya jangan risau kalau korang takut tak cukup tempat ke apa...yang penting sekali, korang kena dapatkan pakej yang berbaloi ni untuk meraikan ibu dan insan tersayang yang bergelar ibu...


Terdapat pelbagai menu untuk Hi-Tea buffet yang disediakan oleh Sunway Putra Hotel...Hi-Tea buffet ni korang boleh nikmati bermula pukul 1pm sehingga 5pm...Jangan risau sebab Sunway Putra Hotel ada istimewanya tau, korang boleh check-out selewatnya pukul 4pm!



So, boleh makan dengan tenang dan santai...eh, dah nama pun percutian santai buat ibu!

Sally suka menu Hi-Tea mereka sebab ada banyak desserts! Ya Allah, serius Sally suka gila makan segala pencuci mulut...ada kek, puding, aiskrim, bubur, kuih, buah-buahan...Jangan risau sebab ada jugak makanan berat, pelbagai lauk yang korang boleh makan dengan nasi...tapi Sally suka dengan menu pencuci mulut...favorite!



Alaaaaaa....ingatkan dah habis kejutan...lepas tu ibu dapat rose bouquet pulak daripada pihak Sunway Putra Hotel...sweet sangat ni tau! Sally pun tak pernah dapat jambangan bunga, ibu yang dapat pula...tapi takpe...Sally gembira sangat bila ibu gembira...Tak mampu Sally nak berikan apa yang pihak Sunway Putra Hotel bagi, tak mampu rasanya nak ucapkan terima kasih atas segala penat lelah dia...
Kalau korang nak ibu korang rasa macam mana ibu Sally rasa, Sally cadangkan korang pilih pakej Mother's Day celebration, "My Mom My Superhero" yang akan diadakan pada 7-8 Mei 2016...
Maklumat lanjut korang boleh hubungi:

Sunway Putra Hotel
Alamat: 100, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-4040 9888
Website: www.putra.sunwayhotels.com
Facebook: www.facebook.com/sunwayputrahotelkl
Instagram: www.instagram.com/sunwayputrahotel

Post a Comment

4 Comments

  1. Menariknya pakej ni! Bahagia ibu diraikan pada hari ibu :)

    ReplyDelete
  2. Wah.. Seronoknya.. Rezeki ibu sally...yg sangat banyak support minat sally kan.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. Menarik pakej dia. Idk about the hotel rate in Malaysia tapi macam agak berpatutan juga harga pakej dia ni.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!