MAGIQUE, variasi wangian terbaru daripada koleksi ENCHANTEUR PARIS​.


Perempuan dengan wangian mmg takkan terpisah..

Sally pun sama, selain daripada mengekalkan penampilan yang boleh dilihat, penampilan yang tidak nampak dek mata kasar ni pun kena juga kita tititberatkan...terutama sekali dalam pemilihan wangian atau minyak wangi yang sesuai...

Tak dinafikan, Sally sendiri ada 3-4 jenis minyak wangi..Kenapa ada banyak? Sebabnya Sally akan pakai ikut mood Sally masa tuu...kalau rasa nak bekerja, Sally akan pakai yang lebih "fresh" dan "sporty" bau dia...atau kalau setakat nak keluar sekejap, ada variasi yang lain....

ENCHANTEUR PARIS​



Sally rasa kebanyakkan perempuan mesti biasa dengan wangian keluaran mereka sebabnya satu dia berlatarbelakangkan Paris, Kota Cinta...Lepas tu sebab botol dia yang comel...Alaaaa...jangan nak kata tak eh..hihihi...



Minggu lepas Sally sempat ke Majlis Pelancaran variasi wangian terbaru daripada koleksi ENCHANTEUR PARIS​, Magique. Kalau korang perasan dalam variasi sebelum ni ada 3 jenis kan macam ENCHANTEUR PARIS Mon Amie, Belle Amour & Adore..tapi kali ni ada lagi satu tambahan, Magique. Yang ini Edisi Terhad tau! Magique yang direka berdasarkan trend wangian antarabangsa dengan kombinasi haruman flora, buah-buahan dan Gourmand bagi merangsangkan deria para wanita moden dan pasangan mereka.

ENCHANTEUR Paris Eau De Toilette kini hadir dengan wajah baharu yang menarik dilangkapi dengan kombinasi haruman tersendiri yang pasti memikat. Botol kaca yang anggun terkenal dengan penutup signatur berbentuk reben ini kini dipamerkan di dalam sebuah kotak yang cantik dan menampilkan illustrasi gadis berbeza.



ENCHANTEUR PARIS Magique Eau De Toilette (Edisi Terhad)

Nikmati pengalaman romantis kisah fantasi yang hanya dapat dicipta oleh ENCHANTEUR Paris Magique! Tidak kira untuk pergi bersiar-siar, temujanji di taman tema mahupun mencuba sesuatu yang baru dan menyeronokkan bersama-sama, wangian dengan campuran epal, magnolia dan praline yang istimewa ini dapat memikat si dia untuk sentiasa terpesona dengan personaliti anda. Wangian ini amat sesuai untuk si gadis dalam cinta yang mekar.



ENCHANTEUR PARIS Adore Eau De Toilette

Adore adalah wangian unik dengan seleksi nota haruman tersendiri yang pasti menyerlahkan aura penuh keyakinan umpama seorang selebiriti. Serlahkan pesona dengan seleksi nota jambangan segar bunga melati liar, semalu merah jambu serta kemewahan nota buah laici, mempelam, buah delima dan pir emas. Haruman yang menawan ini akan memberikan daya tarikan dan keyakinan kapada anda untuk memikat hati si dia sama seperti temujanji pertama anda dan pasangan. Haruman sensasi untuk temujanji malam yang romantis.



ENCHANTEUR PARIS Belle Amour Eau De Toilette

Menambah keindahan hubungan asmara yang membuat hati anda berdebar dan perasaan gementar. Haruman yang dicipta dengan penuh kelembutan daripada bauan epal tembikai, dilapisi bersama blackcurrant segar sebagai nota atas, disemarakkan dengan kelopak-kelopak mekar bunga ros Paris merah jambu yang menawan deria anda. Wangian ini mewakili kemekaran cinta dan asmara. Haruman menawan yang dipakai istimewa untuk cinta hati anda.



ENCHANTEUR PARIS Mon Amie Eau De Toilette

Mon Amie diinspirasikan daripada keakraban persahabatan wanita yang berkongsi isi hati dan detik istimewa bersama. Wangian ini dicipta dengan kombinasi Oren Lemon sitrus segar bersama Bergamot, epal merah, jambangan peony merah jambu, kuntuman segar bunga ros dan magnolia putih. Kombinasi haruman seleksi nota buah buahan ini pasti mengukir senyuman manis seranum rasanya dan menceriakan hari anda. Haruman ringan ini amat sesuai untuk aktiviti kasual bersama sahabat anda.

Wangian ENCHANTEUR PARIS Eau De Toilette dipasarkan pada harga RM28.20 (termasuk 6% GST) untuk botol 50ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila layari www.enchanteur.com.my atau layari laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY .

Post a Comment

12 Comments

  1. banyak nyeee. kumpul banyak2 nanti senang nak pkai beza2 bau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada la 4 botol kat rumah..hahahaha...Sally suka yg Adore tuu :)

      Delete
  2. akak prefer warna purple...dah 2 botol akak pakai..memang suka giler la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gimme five sikit kak! hihihi...Slaly pun suka Adore jugak :D

      Delete
  3. Botol echanteur takpernah tak comel. Nanti nak try laaa bau, kalau berkenan boleh beli sebotol. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! dengan reben dia lagi..hahahaha..comel naww nawww!

      Delete
  4. Akak ingat nak belikan untuk Dania..bleh x suggest kaler yang mana sesuai..xmo kuning tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sally prefer Adore la kalau utk Dania..tapi yg Magique ni pun okay kak...cuma bau dia agak "extravagant" sikit..hihi

      Delete
  5. Bestnya banyak minyak wangi! Echanteur salah satu produk kegemaran. Boleh beli yang limited edition tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la Magique nanti tau...mmg best gila bau dia! :)

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!