Hello Kitty Go Around!! in Malaysia kini di Viva Home!


Siapa kat sini merupakan peminat Hello Kitty??

Kalau tanya Sally, rata-rata mesti tau Sally minat Doraemon...tapi sebagai perempuan, Hello Kitty ni mmg tak aisng lagi dengan kita kan...bohong la kalau ada yang tak pernah tau pasal Hello Kitty kan...

Korang tau tak Hello Kitty sekarang ada kat Malaysia??!!


Semalam, Sally sempat jugak la menjengah kat pameran ni...nak tau jugak apa yang ada kat sana...ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan kat sana...yang penting mestilah sebab ada Hello Kitty kan...hihihi



Masuk je dah ada Hello Kitty Merry Go Round yang menanti...tapi yang ini tak boleh naik ye...ini khas untuk bergambar sahaja...no personal camera will be allowed..hihihi...So, kalau nak ambik gambar kat sini...masa check out nanti jangan lupa claim kat Photoshop booth (RM58/pc)

Hello Kitty Memorial Garden

Hello Kitty Memorial Garden

Sanrio Baby Race


Di pameran ni ada 6 tempat yang cantik untuk bergambar...dan rata-rata ada figurine Hello Kitty dan rakan-rakannya yang lain seperti Chococat, My Melody, Btdtz Maru dan Keroppi...Untuk bergambar, korang boleh pergi ke bahagian Merry Go Around, Hello Kitty Ferris Wheel, Origami Mimmy, Sanrio Friends Express, Hello Kitty Memorial Garden dan Hello Kitty Fashion Catcher.


Save The Goldfish

Di pameran ni jugak ada beberapa booth games yang korang boleh cuba, setiap games yang korang main kena ada Game Vouchers yang korang akan dapat dengan setiap pembelian tiket...details dia ada kat bawah nanti...

Antara booth games yang ada ialah Save The Goldfish, Sanrio Baby Race, Lucky Rainbow, Tiny Chum Ring Toss, Mama's Kitchen, Papa's Reading Room dan Ichigoman Alliance...Kat setiap booth ni ada banyak hadiah yang korang boleh menang...mana tau boleh bawa Hello Kitty seketul balik...



Di pameran ini ada bengkel dan juga kawasan permainan interaktif..ada 4 kesemuanya termasuk Hello Kitty 5D Workshop, Design Shop by Dear Daniel, Apple Temple dan Post Office...

Dekat post office ni korang boleh beli poskad dan setem limited edition tau...Kalau nak hantar poskad direct daripada situ pun boleh...dah macam pergi travel pulak kan...

Sanrio Friends Express



Design Shop by Dear Daniel
 Dekat Design Shop by Dear Daniel ni, korang boleh design tote beg korang sendiri tau...Limited edition...ada datu je dalam dunia unless korang buat dua la design yang sama...hihihi...tapi Sally rasa tak mungkin nak buat yang sama kan...



Kat atas ni harga tiket untuk ke Hello Kitty Go Around!! in Malaysia...Cepat beli tau sebab pameran ni sampai 19 Januari sahaja...ada lagi kurang daripada 2 minggu untuk berjumpa dengan Hello Kitty...


Email to : enquiry@hellokittygoaround.com.my
Website : http://hellokittygoaround.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/hellokittygoaround.malaysia
Instagram : https://www.instagram.com/hellokittygoaroundmly/
Tel: 012-223 5616

Post a Comment

10 Comments

  1. wahhh....best nyer..boleh ronda-ronda..dgn family

    ReplyDelete
  2. duduk dalam tu semua rasa cute semedang... sally pergi sunday ek?

    ReplyDelete
  3. huuuuuuuuuu so cuteee!!!!!!!!! <333

    ReplyDelete
  4. peminat hello kitty mesti giler gi tmpt ni

    ReplyDelete
  5. comeiii ye.... suke sgt hello kitty cute miut

    ReplyDelete
  6. eeee geram nak picit2 hello kitty tu, apesal comel sangat... sally pun macam nk kena picit je hehe

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!