Ibadah Qurban di Palestine bersama EZ Qurban


Kalau sebelum ni, Sally ada cerita pasal kemudahan untuk menjalankan ibadah qurban kan....Harini lagi sekali Sally nak cerita pasal qurban tapi yang ini kita akan jalankan untuk saudara kita di Palestine...Kadang mungkin kita terfikir cara nak sampaikan bantuan kepada mereka, tapi kali ni pihak EZ Qurban ada menjalankan program untuk menjalankan ibadah qurban di Palestine.

Harga sedikit mahal jika nak dibandingkan untuk di Malaysia atau negara Islam yang lain...salah satu sebab kerana kos dan kekurangan bahan mentah disana...dan penyertaan untuk lembu juga terpaksa dibuat seekor, takde buat sebahagian...yang penting berbalik kepada niat dan hati kita laa...


Sebenarnya ada banyak cara nak mendaftar dengan EZ Qurban, antaranya mendaftar di laman web mereka atau email, faks, SMS, WhatsApp dan sebagainya...Kesemuanya ada 8 jenis saluran yang berbeza dan semuanya valid untuk pendaftaran...


Aliran proses pendaftaran pun sangat la sistematik...Selepas proses pembayaran atau pendaftaran...korang ada mendapat pengesahan dalam tempoh 1-2 hari...Jangan lupa simpan resit pembayaran tu...dan dalam tempoh 1-7 hari korang akan menerima resit pembayaran setelah pendaftaran korang disahkan..Dan sijil penyertaan @ sijik pengesahan pelaksanaan akan diberikan kepada peserta dalam tempoh 1-2 bulan...


Pembayaran boleh dibuat kepada 2 akaun diatas..pilih la nak Maybank atau Bank Islam...mudah sangat kan...Kalau korang rasa belum sedia nak buat ibadah qurban di Palestine, korang masih lagi boleh menyertai ibadah qurban yang dilakukan di negara-negara yang mana umat Islamnya amat memerlukan makanan seperti di Kemboja, Indenesia, Thailand, Vietnam, Bangladesh dan Filipina..

Tak kisah dimana pun kita jalankan ibadah qurban tu, asalkan semuanya berbalik pada hati kita...Pada awalnya apa niat kita untuk melakukan qurban tersebut..Jika ingin melihat sendiri sembelihan ibadah Aqiqah & Qurban, korang juga boleh ikuti kembara bersama EZ Qurban pada Hari raya Aidiladha nanti. InsyaAllah mereka akan mengembara ke negara yang terpilih untuk menyampaikan sumbangan Aqiqah & Qurban tersebut.

Harga untuk program Ibadah Aqiqah dan Qurban

Ibadah Aqiqah :
1 Ekor Kambing - RM580

Ibadah Qurban :
1 Bahagian Lembu - RM300
1 Ekor Lembu - RM2,100
1 Ekor Kambing - RM580
*Harga termasuk 6% GST

EZ Qurban Sdn Bhd
No. 126-1A, Jalan 3, Batu Cave Centrepoint
68100 Batu Cave, Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-6186 1911
H/P: 013- 238 6000

Website: www.ezqurban.org
Facebook: EZ Qurban Sdn Bhd

Post a Comment

3 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!