Resepi : Nuget Ayam Homemade


Tengah-tengah musim orang "panas" sebab GST, baiklah kita sama-sama cari jalan untuk berjimat...sebab bila ada GST, menteri je yang naik gaji...kita ni tak...Jadinya harini Sally nak kongsi lagi satu resepi...buat nuget ayam!

Maapkan saya Ramly, saya suka makan nuget awak tapi sayaaa tak mampu dah sebab GST!

okay, tak lawak Sally...

Sally rasa ramai yang dah pernah cuba buat...tapi takpelaa...sebab Sally baru je cuba buat, jadinya Sally nak kongsi jugak kat sini...Rasanya banyak cara nak buat nuget ni...ada yang leceh, ada yang semudah campur daging ayam cincang dengan serbuk roti...So, harini kita tengok yang tak leceh dan tak jugak mudah..


NUGET AYAM

Bahan-bahan:
~ 200 gm daging ayam kisar
~ 2 biji telur - ambil putih sahaja
~ 100 gm serbuk roti
~ ½ labu bawang besar - cincang/blend
~ 1 sudu kecil serbuk kari
~ Sedikit lada sulah
~ Sedikit serbuk perasa ayam
~ Sedikit tepung gandum (jika perlu)
~ Sedikit minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-cara:
1. Satukan daging ayam kisar dengan putih telur.
2. Campurkan bawang besar yang dah dicincang dalam adunan, Sally lebih prefer blend.
3. Kemudian campurkan dengan serbuk kari, serbuk perasa ayam dan lada sulah.
4. Setelah bahan sebati, ambil sedikit dan dibentuk mengikut kesukaan anda.
5. Golek-golek dalam serbuk roti tu sampai semua jadi rata.
6. Goreng dan makan la dengan sos cili...hihihi


TIPS:
➤ Kalau rasa lembik sangat, campurkan tepung gandum (2-3 sudu).
➤ Masa nak bentukkan tu...pakai la sarung tangan atau sudu sbb nnt melekat kat tangan.
➤ Letak garam tu atas pilihan sendiri kalau takde perasa ayam.
➤ Boleh campur sayuran seperti cendawan, lobak merah @ jagung untuk pelbagaikan variasi.
➤ Sally prefer simpan dalam peti ais semalaman sebelum goreng untuk kurangkan minyak meresap.

Post a Comment

13 Comments

  1. Rajin Sally buat benda instant kan?? tapi memang perlu laa musim GST ni.. hikhik.. thx Sally... mwahs !

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaa. nak try buatlah. Hikssss :D

    ReplyDelete
  3. omg imma do this nanti bila cuti hihihi
    thanks sister :****

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.. ambik resepi ye.. ntah bila buatnya tak tahu lagi..:D

    ReplyDelete
  5. menyahut seruan menteri masak sendiri nampaknya cik sally kita kali ini.. aiceh.. *berpantun pulak

    ReplyDelete
  6. tak pernah lagi buat. boleh try lepas nii :D

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaa, nak try la nanti.

    ReplyDelete
  8. Wah...bagus utk org diet kan sally? Mkn ni je..masa akak buat diet atkins dulu akak ada buat mcm ni jgk

    ReplyDelete
  9. sy berharap sy akan rajin bt nuget sendiri...tapi nmpk sedap tu...hasil air tgn sendiri puas hati...hehe

    ReplyDelete
  10. Sedapnya tengok.. sungguh menyelerakan ni Sally.. :)

    ReplyDelete
  11. rajinnya Sally.. boleh la buat banyak2 then simpan kan.. agak2 nak makan bleh goreng..
    ooor post ke penang sikit aahak..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!