Travelogue Korea : Nami Island


Pengembaraan Sally ke Seoul, Korea sudah hampir menghampiri penghujungnya. Dua hari terakhir Sally dan rakan-rakan menjengah ke salah satu tempat pelancongan yang popular di Seoul, Pulau Nami (Nami Island). Pulau Nami merupakan sebuah pulau kecil yang terbentuk daripada pembinaan Empangan Cheongpyeong.

Pulau Nami terletak 63 km dari Seoul ke arah Chuncheon, dan terkenal dengan jalan yang dibarisi pokok yang indah. Pulau ini adalah 30 minit dari Chuncheon dan satu jam perjalanan dari pinggir bandar Seoul. Oleh kerana ia tidak jauh dari Seoul, ramai pasangan dan keluarga datang untuk melawat ke sini...Rasanya korang pun ada tengok video perkahwinan yang dibuat kat Pulau Nami ni kan...yang main basikal masa winter tu..hehehehe...
 


Sally sebenarnya suka jalan-jalan tengok kawasan..hehehehe...kat sini korang boleh pilih nak berbasikal, berjalan, atau naik train kecil yang akan bawak kita pusing satu pulau Nami ni...hehehe...tapi kali ni Sally berjalan je sebab kejar masa....lagi satu kalau nak datang Sally sarankan korang bergerak pagi sebab kalau naik Subway, makan masa nak sampai ke stesen Gapyeong, dan kalau korang pandai bajet masa...boleh terus ke Petite France, sebab dekat je pun dengan Pulau Nami ni...So, nanti jimat sikit masa... 63km naik subway serius jauh..hahahaha




Winter Sonata.

Benda yang paling femes dekat sini rasanya...hehehe...tapi Sally mmg suka sangat ke Pulau Nami ni...tempat dia cantik sangat!



Nasi Goncang.

Antara menu wajib korang cuba kat Pulau Nami ni...

Bawah dia ada kimchi, telur, nasi dan ikan tuna...sedap bagi yang boleh makan kimchi...kalau tak mmg susah sikit laa...korang kena goncang nasi ni sebelum makan. Lupa pulak nak ambik gambar selepas dia..hehehe... tapi hati-hati eh...bekas dia sangat panas sebab whole besi...


Pulau Nami (Nami Island / Naminara Republic)

https://www.namisum.com 

Post a Comment

15 Comments

  1. Alaaaa tempat ni nak pegi sesangat sebab nak feeling Winter Sonata. Huwaaaa. Sally tak baik. :D

    ReplyDelete
  2. Penah tengok Pulau Nami dalam tv aje. sobsssss :(

    ReplyDelete
  3. katanya nami island ni dibuat khas utk drama winter sonata ...

    ReplyDelete
  4. bestnya sally! bila ler kite boleh pegi sana uwaaaaaa..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum sally...bestnya dpt pi Korea....teringin nak pi juga....

    ReplyDelete
  6. nasi goncang tu nampak sedap, tapi ada kimchi....

    ReplyDelete
  7. bestnya Sally dapat ke sana. macam menarik je nasi tu yer... kena goncang dulu :)

    ReplyDelete
  8. Cantik sangat Nami Island. Kalau pergi Korea nanti, tak boleh la try nasi goncang sebab saya tak suka kimchi

    ReplyDelete
  9. paling suka gambar last tu. eh eh.. hehehe

    ReplyDelete
  10. Hai, ada sesiapa nak gi seoul+jeju tak hujung mei ni?
    Ni bukan under travel agency. Saya cari rakan travel. Kalau boleh perempuan.

    email : arene_amelia@yahoo.com
    fb : aleen aiden

    Sorry interrupt tuan page. :)

    ReplyDelete
  11. nasi goncang??? Bagaimana rasanya nasi goncang tu.... Miera ambil tips ini semua bulan 6 insyaallah nak ke sana dengan anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa dia macam kita makan nasi goreng je sbb semua benda akan sebati...yeay! Happy traveling kak miera!

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!