Travelogue Korea : Mr.Egg Original Nampo [Hostel]

Bukan main lama tinggal travelogue kan...dok ada kat Busan lagi ni haaa...hehehe...So, daripada Gyeonju kami bergerak ke bandar Busan pulak sebab flight ke Jeju pada keesokkan harinya...Jadinya ayuh kita tengok hostel kami....

Mr. Egg Hostel ni mmg best sebab staff dia boleh speaking English! ouhh! heaven oii dapat orang yang reti speaking...kekeke...takde la....cuma hostel ni comel...ada semua kelengkapan dan yang penting breakfast free oii...


Kitorang duduk sini semalaman je sebab lepas tu shoot ke Pulau Jeju...yang tu nanti kita cerita lain...well, hello...walaupun sehari sebenarnya banyak tempat tau kitorang pergi...okay, back to topic...

Hostel ni ada 2 blok...satu blok mmg khas untuk perempuan (Nampo 2), satu lagi campur-campur (Nampo 1)...kitorang dapat blok yang untuk perempuan tu...jauh sikit daripada main blok la...tapi kali ni tak best sebab tandas kena kongsi...dan kena keluar daripada bilik la untuk kesana...senang kata mmg macam kat hostel la...tapi dah nama pun nak budget kan...cuma daripada bilik nak ke tandas tu kawasan dia tertutup la...dalam satu ruangan yang sama...




Katil dia agak kecil sikit kalau nak dibandingkan dengan Silla Guest House masa kat Gyeongju, tapi ruangan dia okay la jugak untuk 4 orang...ohh, kami kena berpisah bilik...satu bilik 4 orang sebab mmg kat sini katil dia banyak gitu..


Overall, kelengkapan dia okay la...ada benda-benda basic macam cermin, hair dryer...




Ini ruangan rehat dan kira small pantry la...cuma kat sini mmg tak boleh nak memasak bagai sebab staff dia kata bahaya....entah apa yang bahaya tu tak tau la...ouh...jangan lupa ek kat sini ada jugak CCTV, so kalau nak berlegar-legar tu sila la jaga aurat...kalau dalam bilik takpe...walaupun semua perempuan, tapi CCTV tu mana kita tau sape yang tengok...kan?
Direction:

1.From Busan Train Station(KTX station)

*Subway
-Busan subway station is in front of Busan Train Station(KTX).
-Get off at ‘Jungang’ station (Next stop of Busan Subway Station) and get out of Exit No.5
-You can see the elevator near Exit No.13, if you have heavy luggage and then find Exit No.5

*Taxi
-7 minutes(About 4,000 KRW)
To. Taxi driver.
부산호텔 앞 일방통행길. 부산호텔 지나고 타워호텔지나고 백산기념관 지나면 오른쪽편에 명송초밥이 나옵니다.명송초밥과 부산숯불갈비 건물 사이의 작은 골목에 내려주시면 됩니다. 감사합니다.
[골목 안쪽에 보시면 흰색 간판이 보입니다(미스터에그 호스텔)]


2.From the Gimhae airport

*Subway(About 50 min – Fare : 2,800 KRW)
-There is ‘Light Rail Transit’ from the airport. Please take it for ‘SASANG’ direction.
-At the ‘SASANG’, transfer to Line 2 for ‘JANGSAN’ direction to get to ‘Seomyeon’
-Get off at ‘Seomyeon’ and transfer to Line 1 for ‘Sinpyeong’ direction.
-Get off at ‘Jungang’ and get out of exit No.5

*Limousine bus number 1(Busan station direction)
-Get off at Jungang Dong(Jungang station exit No.17)
-After getting off the Limousine Bus, turn left and walk away from the bus down the street about 300 meters.
you will see Jungang staion exit No.5

-To Jungang Dong : Every 40 minutes from 7:15 AM
-To the airport : Every 40 minutes from 5:47 AM
Mr. Egg ni ada beberapa branches, dekat Haeundae dan Nampo, yang Sally duduk ni dekat Nampo...so, kalau korang rasa nak stay kat sini boleh la g kat :-

Official Website : http://mregghosteloriginal.com

Post a Comment

4 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!