Pak John Steamboat & BBQ eCurve : Christmas Buffet Menu Special


Hohohoho...Merry Christmas!

Kemain kau Sally buat teaser bagai semalam kan...saje nak bagi org stress baca blog kau...ke kau yang stress tgk makanan sedap masa lapar..?

Hahahahaha...selingan monolog je tu..muahahaha...Pak John Steamboat & BBQ, sape yang tak kenal dengan restoran ni kan...terletak di kawasan yang paling havoc dalam area Damansara, semestinya shopping mall eCurve! The Best Steamboat in KL!

Dan kaitan ape pulak Sally dalam Pak John ni kan..?

Macam dalam teaser la...Sally dan makanan, berpisah tiada..gittew~


Restoran Pak John Steamboat & BBQ cawangan eCurve Mall, Mutiara Damansara mempunyai keluasan sebesar 4700 sqft yang boleh memuatkan seramai 260++ orang dalam satu-satu masa. Berkonsepkan restoran yang elegan, selesa, bersih, dan makanan buffet tanpa had, Pak John Steamboat & BBQ sangat sesuai untuk dijadikan tempat untuk mengadakan sebarang event seperti company dinner, malam anugerah, hari keluarga, majlis perpisahan dan sebagainya.

Kebetulan masa Sally berkunjung ke Pak John ni, dorang tgh buat promotion Christmas Buffet Menu Special...hehehe...apa lagi...macam orang mengantuk disorongkan bantal la cite dia kan...mmg habis semua makanan Sally cuba...gila kau tak makan sampai puas...sedap gila kot!

Okay, Sally tau macam over sikit...hahahaha...Sally rasa rata-rata korang tau dah pasal Pak John ni...kalau tengok daripada nama pun sure korang dah tau yang specialty dia menghala kepada steamboat, yong tao foo & bbq kan...so, kita cut bahagian tu...Sally nak cerita pasal menu special sempena Hari Natal ni...

Sempena Hari Natal ni, Pak John Steamboat & BBQ ada mengeluarkan beberapa menu yang khas...

Untuk menu hot pot, kuah untuk steamboat tu...ada...


tapi ada tambahan yang special, Creamy Butter Broth!

Yang ni mmg sedap...rasa dia macam sup telur tu...mmg creamy dan yang penting tak muak...makan la berapa banyak pun...sure tak muak...Satu yang Sally suka kat sini ialah...Pak John tak menggunakan paste yang siap untuk buat broth dia...tapi guna original ingredients...Contohnya macam tom yam dia, mmg rasa kick la sebab chef dia buat daripada bahan-bahan asli untuk buat tom yam...so, say NO to ready made paste! Sally suggest kat korang dua ni...


Untuk hot plate pulak, which is bahan-bahan perapan untuk bbq, ada 11 jenis menu tambahan yang terdiri daripada coffee beef (recommended!), tangerine beef, black pepper beef (recommended!), sweet soya beef, coffee chicken, tangerine chicken, black pepper chicken, ginger chicken, sweet soya chicken, lemongrass chicken dan spicy fish fillet (recommended!)..errr...Sally mmg suka daging daripada ayam..hihihi

Menu yang paling special sekali untuk Hari Natal ni....



YES!

Salmon!

Yang ni mmg fresh sebab setiap kali habis chef akan potong yang baru...mmg rare! takde kat tempat lain yang sediakan salmon dalam menu grill mereka kecuali Pak John Steamboat & BBQ!

dannnn....10 jenis Christmas Buffet Menu Special yang terdiri daripada makanan yang tak dapat ditolak oleh perut..hahahaha...

Grilled Slice Chicken with Creamy Spaghetti (recommended!)
(Spaghetti berkuah krim yang dihidangkan dengan dada ayam yang dipanggang)

Ramen Vongole Ole (recommended!)
(Original resepi nya menggunakan wain, tetapi telah diolah oleh chef supaya menjadi ramen yang halal yang dimasak bersama lala, sejenis makanan laut)

Baked potato with mince beef (recommended!)
(Most wanted potato! Hehehe...kentang bakar yang dihidangkan dengan daging cincang dan krim)

Black tangerine chicken
(Kepak ayam rangup yang disiram sos buah nenas)

Seafood bread loaf (recommended!)
(Baguette dan pelbagai makanan laut disaluti keju)

Christmas Island (recommended!)
(Pulut nasi yang dimasak rapi dilimpahi dengan sup makanan laut yang berkrim)

dan beberapa menu lagi seperti Garden Herb Salad, New Zealand Rib Eye with Black Pepper Sauce (recommended!), Bountiful hearty rice, dan Grill Sutchi Fillet!

dannn....Sally suggest korang wajib cuba 4 menu premium yang bagi Sally mmg terbaik!


Yang ini korang kena minta dekat kaunter dia...sebab Pak John Steamboat & BBQ ingin pastikan kita dapat bahan yang terbaik dan fresh, so bila kita nak baru mereka akan sediakan...so, tak kisah la berapa banyak pun...yang penting korang wajib try!


Selain daripada menu kat atas ni...Pak John Steamboat & BBQ juga ada menyediakan hampir 100 jenis makanan lain yang terdiri daripada sayuran, mee, daging, makanan laut, barangan steamboat, menu pencuci mulut termasuk (waffle, kaya ball, corn in cup dan bubur), dimsum, aiskrim pelbagai jenis air yang Sally yakin korang takkan menyesal sebab datang makan dekat sini!

Suka Sally nak ingatkan yang menu special untuk Hari Natal ni hanya akan ada pada:

Christmas Buffet Menu Special

15th December 2014 - 1st January 2015

Price : RM46 ++ (Isnin-Khamis)
RM 49 ++ (Jumaat-Ahad)

Restaurant Pak John Steamboat & BBQ eCurve

Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor, eCurve
No. 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya
Tel: 03-7733 3913
Website : http://www.pakjohn.com

Kalau korang ke Pak John Steamboat & BBQ pada hari Sabtu dan Ahad, korang akan disajikan dengan alunan muzik akustik daripada live band...Itu mmg takkan ada kat tempat lain, sambil makan sambil tengok live performance...weehooo~



Terima kasih kepada Pak John Steamboat & BBQ eCurve, kelab Komuniti Hai Blogger, Halim Brothers, Nuriesya Nadia & BelacanGirlCheeseBoy untuk malam yang super gempak!

p/s : Pada awalnya Sally sebesar Nurie je lepas makan jadi triple besar..hahahaha...okay, tau tak lawak..

Post a Comment

19 Comments

  1. perghhh..meleleh air liur iqha tengok,,masa dekat melaka dulu,,iqha selalu makan dekat pak john steamboat ni..yummyy!!
    btw,,iqha singgah sini smabil main klik2 nuff :)

    ReplyDelete
  2. perghhh..dah terliur tengok ni, :)

    ReplyDelete
  3. Yang p.s tu dah kenapaaaa. nak kene tumbuk perut ? Ekekekeke. :P

    ReplyDelete
  4. belanajaa makan dekat Park John pelissss. Hahahaha :P

    ReplyDelete
  5. terliuq betoi. haha. harga pun worth la kan dengan makanan yang macam2 jenis tu. huhu

    ReplyDelete
  6. Dah banyak tengok review pasal Park John ni. Tinggal tak pergi je lagi. huhuhu

    ReplyDelete
  7. wow! ko buat akk teruja nak g carik tempat ni....cuba cite ngn akk secara detail lokasi tempat ni.supaya akk tak sesat barat mencarik..hihihii..

    ReplyDelete
  8. haritu pun qila ade buat entry pasal restoran ni. bestnya smua makanan diaa. ada salmon lak tu :<

    ReplyDelete
  9. drooling tgk..tapi jauh plak nak kesana..insyaallah lau ade rezeki n mase boleh lah pergi.

    ReplyDelete
  10. Wah bestnya sally..Jemput singgah blog BBL ye

    ReplyDelete
  11. Bila la nak bepeluang untuk datang ke sini ni.

    ReplyDelete
  12. one day akan ku jejak ke sanaaa!

    ReplyDelete
  13. wah.. terliur la tgk gambar makanan, Sally

    ReplyDelete
  14. Hehehueheui. Kak sallyy jom kita dua ekekekekee

    ReplyDelete
  15. Hiihiiii sedapnya christmas punya menu alahaiiiii nomnom

    ReplyDelete
  16. syoknyaaa kak sally!!! bilalah agaknya nak ade peluang ke sana erk.. hihih

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!