10 Sebab kenapa Jepun sangat maju.

Walaupun negara mereka tak banyak diwar-warkan dalam media...tapi Jepun merupakan negara yang sangat bersih, sangat maju...antara beberapa sebab kenapa Jepun boleh maju dan maju kehadapan meninggalkan kuasa-kuasa besar yang lain....jom baca!

Kredit / Penterjemah artikel : Hj Khairol Amin Mohd Salleh.


1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.


4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”


9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

Tetiba rasa macam nak duduk kat Jepun pulak...nak belajar etika..hahahaha...kat KL ni tak banyak manusia yang beretika...eh, silap...mereka semua beretika tapi tak memanfaatkan atau menggunakan...simpan je dalam poket etika tu dah bertindak kurang ajar...

Tapi...syukurlah Malaysia masih aman kan..?

#Deep

Post a Comment

11 Comments

  1. Jangan kata Malaysia tidak boleh jadi seperti Jepun... mesti boleh kan?
    Katalah boleh.. yeahhh Malaysia boleh!!
    Huhuhuhu... sedih pulak mengenangkan naik LRT tadi, ibu mengandung dibiar berdiri je..
    Aduhai Malaysiaku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia boleh jd macam Jepun...tapi kalau mentaliti orang-orangnya berubah...

      LRT tu mmg x boleh nak kata apa :')

      Delete
  2. Betapa menariknya negara Jepun ni.. Namun, negara kita pun okay jugak, masih aman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...tapi etika rakyatnya masih tahap dijajah :')

      Delete
  3. wow..Malaysia kalau buat gini kan best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best tapi mentaliti manusia tu yg kena ubah dulu...

      Delete
  4. Malaysia kalau buat macam ni,mesti lagi best. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best as long as mentaliti manusia tu kena ubah dulu...

      Delete
  5. Tak hairanla jepun negaranya cukup maju kan

    ReplyDelete
  6. Jepun memang nampak macam best tapi mahal sangat la kos sara hidup kat sana >.<

    ReplyDelete
  7. sha kalau diberi peluang pun takmau dok Malaysia dah sebab Malaysia AMAN sangat..... tapi apakah dayaku.... fulussss membuat diriku tidaklah mampu...... tengok je laa tumbesaran di jepun.... hiks

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!