Ekspresi wajah - macam mana nak sorok?


Kisah ni Sally nak kongsi...bukan niat nak memalukan sesape...cuma nak mintak sedikit pendapat daripada korang la kan....Sally ada sorang kawan...yang jenis tak boleh nak sembunyi ekspresi wajah...kalau dia tak suka ke...tak gemar dengan sesape ke...semua kita boleh nampak pada wajah dia...kalau dia stress atau dia benci atau dia mmg tak boleh nak terima kenyataan sesuatu...semuanya nampak sangat kat wajah...Sally ni jenis suka baca muka orang...kalau jumpa dengan sesiapa untuk pertama kali...Sally suka baca ekspresi wajah...So, lepas ni kalau sape jumpa Sally...pastikan korang jaga muka masing-masing...


Mungkin sebab Sally dah berkecimpung dalam bidang pembimbing rakan sebaya dan kaunseling sejak berada di sekolah menengah sampai la ke zaman kolej...dan sebab dah selalu berjumpa dan bergaul dengan pelbagai jenis orang daripada pelbagai jenis latar belakang...Sebab tu Sally senang sesuaikan diri dengan sesapa pun walaupun kadang-kadang ada yang Sally tak suka dengan kelakuan mereka pada pertama kali...tapi kita kena hormat la perangai orang lain....Sally takkan tegur melainkan kalau betul-betul Sally rasa annoying...

Berbalik kepada kisah kawan Sally....Dia ni seorang yang nak kata anti-sosial tu tidak la...tapi dia kalau dekat tempat kerja mmg takkan bercakap...unless kalau perlu...Dia bukan jenis yang suka berbual, berborak benda yang tidak perlu...even dengan office mate dia sekali pun...Dekat office pun dia takde kawan...melainkan sorang je...Dia suka duduk dalam dunia dia sendiri...Dia cuma akan berbual dengan orang yang dia dah biasa atau orang yang dia rasa selesa...kalau dia rasa mereka tak penting...korang faham kan?


Masa pertama kali jumpa dia, Sally boleh perasan yang dia bukan jenis yang mudah bergaul dengan orang...tapi mungkin sebab Sally ni jenis merapu...so, dia rasa agak selesa dan nak berbual dengan Sally...dan macam biasa la..kalau kita dah boleh berbual dan selesa, kita senang nak cerita apa-apa pada kita....

Sampai satu malam, dia tanya pendapat Sally...dia baru dapat naik pangkat...tapi office-mate dia yang mulut murai tu asyik mengata dia la...mereka rasa yang dia tak layak untuk dapat pangkat tu...dan mula la bercakap dibelakang dia...dan perangai dia ialah bila orang bercakap benda yang tak baik...ekspresi wajah dia akan tunjuk whether dia bengang atau tak suka dengan mereka...mmg takkan ada tapis...serius! Sally sendiri pernah nampak kalau dia marah, seronok, dan Sally tak pernah bgtau dia sampai la malam dia bercerita pada Sally dan dia agak terkejut bila Sally cakap yang Sally tau kelemahan dia...jadi sekarang ni dia agak tak selesa nak bekerja sebab dia rasa geram dengan orang, dan dia tak mampu nak sorok ekspresi wajah dia...


Kalau pada pihak Sally, persetankan dengan orang dan buat je kerja kita...Jangan kisahkan orang lain...sebab bagi Sally...bila orang mengata kat belakang kita..itu bermakna kita dah setapak dihadapan mereka yang mengata kita...

So, sekarang ni Sally nak tanya pendapat korang la...macam mana nak jadikan seseorang tu mudah untuk bergaul, nak jaga ekspresi wajah dan nak kurangkan tekanan di pejabat sebab dapat office-mate yang mulut takde beli insuran....?

Post a Comment

4 Comments

  1. Eh kita pun ada ofismate macam tu , tapi kita buat tak tahu je. Hahahaha. Keji tak ? :P

    ReplyDelete
  2. kalau akk, tanya atau selidik nape dia jadi camtu? mesti ada punca dia camtu... umur dia ni bape? muda ke? the least we can do, doa utk dia

    ReplyDelete
  3. eii memang akan ada eh mulut takde insurans tu kak sally?
    takut nya nak kerja hihihi.

    hihi lawak jugak kawan kak sally tu hihi.
    memang tak bercakap sangat lah hihi.
    Hm banyak bercakap lah dengan dia kak sally hehe.
    Mcm ada satu novel tu kot tak silap hahaha.
    Harini 10 perkataan, besok 100, lusa 1000 haa gitew hihihi

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!