Kediaman yang menjana tenaga solar.

Matahari merupakan sebuah bintang yang amat istimewa kerana kuasanya yang boleh digunakan untuk mewujudkan pelbagai jenis tenaga diantaranya penjanaan kuasa elektrik. Walaupun matahari diklasifikasikan sebagai tenaga primer, namun tenaga matahari ini masih tidak digunakan secara meluas pada masa kini.

Matahari sangat istimewa kerana tenaga daripadanya akan terus wujud dan kekal selagi matahari terus memancarkan cahayanya dan ianya merupakan tenaga boleh baharu yang sangat bagus, sedangkan bekalan sumber bahan bakar lain seperti petroleum dan arang batu yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik adalah terhad dan akan habis pada suatu hari nanti.

Hari ni sally nak kongsikan sebuah rumah yang telah mengaplikasikan penjanaan tenaga solar kepada tenaga elektrik...kediaman ini dimiliki oleh Encik Arjunaidi yang berada di Presint 18, Putrajaya. Beliau merupakan salah seorang ahli di dalam Gading Kencana Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menyediakan khidmat berkaitan pemasangan sistem solar di Malaysia. Encik Arjunaidi telah mendapat kuota daripada pihak SEDA Malaysia sebanyak 2.45 kilowatt sejam (kWj) yang mana telah di peroleh pada awal Januari 2013.


Kat atas ni merupakan lakaran awal atap rumah Encik Arjunaidi yang akan diletakkan panel solar..berkeluasan (2m x 10m), atap rumah beliau boleh memuatkan 10 panel solar yang akan dipasang untuk tujuan penjanaan kuasa elektrik...


Tapi bagaimana caranya kita menjana tenaga daripada matahari?
  1. Panel solar akan diatur dalam barisan supaya senang untuk menyerap tenaga matahari. Panel solar akan diletakkan dikawasan yang mudah terdedah kepada cahaya matahari untuk memaksimumkan tahap penyerapan. Tenaga yang diserap akan ditukar kepada “Direct Current” (DC).
  2. “Direct Current” (DC) yang telah disalurkan oleh panel solar akan di bawa kepada “Solar Inverter” yang mana akan menukar DC kepada AC “Alternating Current”.
  3. Arus AC kemudiannya akan di salurkan kepada “grid” yang mana akan mengira kadar tenaga elektrik yang telah terhasil menggunakan “PV Meter” dan kadarnya akan dikira mengikut Feed-in Tariff (FiT) oleh TNB yang telah ditetapkan kepada pemilik kediaman.
Encik Arjunaidi juga akan memerhati setiap perkembangan dan juga kuantiti tenaga yang diperoleh dalam satu hari secara berkala secara dalam talian supaya dapat mengetahui turun naik tenaga yang masuk dan yang telah ditukarkan menjadi tenaga elektrik.


Beliau percaya bahawa dengan mengaplikasikan teknologi solar di kediamannya merupakan salah satu cara untuk menjana pendapatan pasif untuk jangka masa panjang yang akan membantu mengukuhkan kewangan keluarga beliau.

Jangan risau tentang modal yang agak besar, sebab sekarang banyak institusi kewangan dan juga bank yang menyediakan peluang untuk membuat pinjaman bagi menjana teknologi tenaga boleh baharu di Malaysia. Nanti sally akan kongsikan antara institusi yang terlibat dalam entri yang lain. Sementara tu, boleh la lawati laman web rasmi SEDA Malaysia untuk mendapatkan lebih info tentang kuota yang disediakan bagi kediaman persendirian.

Post a Comment

3 Comments

  1. Oh , bagus juga kalau pakai tenaga solar walaupun kosnya mahal pada mulanya . Nice info Kak Sally :)

    ReplyDelete
  2. pernah angan2 untuk pasang solar kat rumah sendiri nanti..
    pelaburan jangka masa panjang..:)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!