Lagi kisah Lee Kwang Soo di Malaysia.

Kesinambungan daripada entry sally berkenaan kehadiran Lee Kwang Soo ke Malaysia...boleh baca kat SINI....ni ada beberapa sorotan masa hari kejadian....Sally takde pun time tu..hehehe...cuma kongsi daripada pembacaan sally je...hihi....

Sabtu lepas, 4th January.. Lee Kwang Soo menunaikan janjinya dengan menghiburkan lebih 4,000 peminat di acara Fan Meeting Lee Kwang Soo In Malaysia. Bertempat di Kenanga Wholesale City Fashion Mall, Kuala Lumpur. Lee Kwang Soo memulakan acara dengan mempersembahkan lagu "Hug" yang dipopularkan oleh DBSK. 

"Ini merupakan kunjungan pertama saya ke Malaysia dan tidak sangka akan menerima sambutan hebat daripada para peminat. Saya benar-benar terharu dan berterima kasih. Sekembalinya saya ke Korea, saya akan khabarkan kepada ahli-ahli Running Man yang lain betapa hebatnya peminat di Malaysia,". 


Acara yang dikendalikan oleh pengacara popular tempatan, Baki Zainal ini turut menyaksikan beberapa siri permainan bersama peminat serta sesi kuiz berkaitan beliau. Melihat usaha para peminat yang berusaha menjawab soalan dan mengetahui banyak fakta tentang dirinya, Lee Kwang Soo dilihat tergamam dan tidak dapat menahan rasa terharunya terhadap sambutan peminat di Malaysia.

Fan meeting yang berlangsung selama dua jam ini yang dibawakan oleh JS Concert Productions bersama Faith & D Entertainment serta King Kong Entertainment ini turut menyaksikan usaha Lee Kwang Soo menghiburkan para peminatnya dengan menyanyikan lagu "Because I Love You" sambil bermain keyboard. 


Lee Kwang Soo juga turut disajikan dengan klip video yang dibuat oleh sekumpulan peminat setianya di Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai model dan pelakon, populariti Lee Kwang Soo melonjak naik selepas menjayakan "Running Man" sejak 2010 dan terkenal dengan jolokan Betrayer Giraffe kerana ketinggian yang sinonim dengan zirafah dan rancangannya yang sering berubah dengan mengkhianati pasukannya semata-mata memperoleh kemenangan. Kuala Lumpur merupakan destinasi kedua selepas perjumpaan peminat Lee Kwang Soo yang pertama diadakan di Singapura pada Ogos tahun lalu.

Semoga kehadiran Lee Kwang Soo kali ni dapat la mengubat hati yang duka lara sebab pembatalan Fan Meeting dengan Kim Jong Kook, HaHa, Gary dan Suk Jin yang sepatutnya hadir ke Malaysia pada Sepember 2013...Better late than nothing, right?

Picture credit to the owner

Post a Comment

22 Comments

  1. true ;)
    better late than nothing hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...indeed sis...at least got something :)

      Delete
  2. bestnya klu dapat jumpa kwangsoo kan? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sally tak minat sangat...so perasaan kecewa tu kurang sikit... :)

      Delete
  3. Bestnya kalau dapat jumpa dia.. hee ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best, tapi bila terkenangkan harga tiket...senyum jela...hahaa~

      Delete
  4. Tingginya dia... memang layak dapat gelaran zirafah.. haha..

    ReplyDelete
  5. dengar cerita memang best..tapi tak pegi la

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la...kalau artis Korea dtg...mmg peminat semua happy gila laa :D

      Delete
  6. wah minat song ji hyo jer hahahaha
    ms mong

    ReplyDelete
  7. comel pulak hana tengok si giraffe nie -_-

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Big Bang so far takde come back la sya..hehehe :D

      Delete
  9. Replies
    1. org korea kak...muka semua flawless...hahaha...lagipun dia tinggi...

      Delete
  10. kat twitter ika berlambak pasal kwang soo dtg malaysia ni haa..hewhew...ramai kan peminat rupanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seramai mana yg tgk Running Man...ramai tu jugak la peminat dia...hehehe

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!