Kesinambungan daripada entry sally berkenaan kehadiran Lee Kwang Soo ke Malaysia...boleh baca kat SINI....ni ada beberapa sorotan masa hari kejadian....Sally takde pun time tu..hehehe...cuma kongsi daripada pembacaan sally je...hihi....
Sabtu lepas, 4th January.. Lee Kwang Soo menunaikan janjinya dengan menghiburkan lebih 4,000 peminat di acara Fan Meeting Lee Kwang Soo In Malaysia. Bertempat di Kenanga Wholesale City Fashion Mall, Kuala Lumpur. Lee Kwang Soo memulakan acara dengan mempersembahkan lagu "Hug" yang dipopularkan oleh DBSK.
"Ini merupakan kunjungan pertama saya ke Malaysia dan tidak sangka akan menerima sambutan hebat daripada para peminat. Saya benar-benar terharu dan berterima kasih. Sekembalinya saya ke Korea, saya akan khabarkan kepada ahli-ahli Running Man yang lain betapa hebatnya peminat di Malaysia,".
Acara yang dikendalikan oleh pengacara popular tempatan, Baki Zainal ini turut menyaksikan beberapa siri permainan bersama peminat serta sesi kuiz berkaitan beliau. Melihat usaha para peminat yang berusaha menjawab soalan dan mengetahui banyak fakta tentang dirinya, Lee Kwang Soo dilihat tergamam dan tidak dapat menahan rasa terharunya terhadap sambutan peminat di Malaysia.
Fan meeting yang berlangsung selama dua jam ini yang dibawakan oleh JS Concert Productions bersama Faith & D Entertainment serta King Kong Entertainment ini turut menyaksikan usaha Lee Kwang Soo menghiburkan para peminatnya dengan menyanyikan lagu "Because I Love You" sambil bermain keyboard.
Lee Kwang Soo juga turut disajikan dengan klip video yang dibuat oleh sekumpulan peminat setianya di Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai model dan pelakon, populariti Lee Kwang Soo melonjak naik selepas menjayakan "Running Man" sejak 2010 dan terkenal dengan jolokan Betrayer Giraffe kerana ketinggian yang sinonim dengan zirafah dan rancangannya yang sering berubah dengan mengkhianati pasukannya semata-mata memperoleh kemenangan. Kuala Lumpur merupakan destinasi kedua selepas perjumpaan peminat Lee Kwang Soo yang pertama diadakan di Singapura pada Ogos tahun lalu.
Semoga kehadiran Lee Kwang Soo kali ni dapat la mengubat hati yang duka lara sebab pembatalan Fan Meeting dengan Kim Jong Kook, HaHa, Gary dan Suk Jin yang sepatutnya hadir ke Malaysia pada Sepember 2013...Better late than nothing, right?
Picture credit to the owner
22 Comments
true ;)
ReplyDeletebetter late than nothing hihihi
hehehe...indeed sis...at least got something :)
Deletebestnya klu dapat jumpa kwangsoo kan? :D
ReplyDeleteSally tak minat sangat...so perasaan kecewa tu kurang sikit... :)
DeleteBestnya kalau dapat jumpa dia.. hee ;D
ReplyDeletemmg best, tapi bila terkenangkan harga tiket...senyum jela...hahaa~
DeleteTingginya dia... memang layak dapat gelaran zirafah.. haha..
ReplyDeleteLee Kwang Soo mmg sangat tinggi..hehehe
Deletedengar cerita memang best..tapi tak pegi la
ReplyDeletebiasa la...kalau artis Korea dtg...mmg peminat semua happy gila laa :D
Deletewah minat song ji hyo jer hahahaha
ReplyDeletems mong
hehehe...sally minat semua! hikhik :D
Deletecomel pulak hana tengok si giraffe nie -_-
ReplyDeleteLelaki korea semuanya muka hensem hana -_-'
DeleteTop xnk datang ke?hehe
ReplyDeleteBig Bang so far takde come back la sya..hehehe :D
DeletePrince of Asia. haha
ReplyDeletehehehe...glemer gitu!
Deletekacak juga akak tengok dia.. :D
ReplyDeleteorg korea kak...muka semua flawless...hahaha...lagipun dia tinggi...
Deletekat twitter ika berlambak pasal kwang soo dtg malaysia ni haa..hewhew...ramai kan peminat rupanya...
ReplyDeleteseramai mana yg tgk Running Man...ramai tu jugak la peminat dia...hehehe
DeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!