Rahsia kecantikan wanita Korea

 
Macam yang korang semua tau, kalau yang suka tengok cerita Korea tu...kebanyakan wanita Korea sangat terkenal dengan kulit mereka yang sempurna dan licin. Dorang menghabiskan banyak masa dan wang dalam bab-bab penjagaan kulit mereka malahan mereka juga dikenali sebagai golongan yang amat peka dalam hal berkaitan penjagaan kulit. Selalunya kita mesti jealous tengok muka dorang yang sweet and sentiasa baby face tu kan..?

Even Korea sangat terkenal dengan pembedahan plastik, tapi ada jugak yang menolak untuk buat pembedahan dan dorang memang jaga kulit muka secara neutral...so, jom tengok rahsia dorang semua..hehehe...mana tau esok lusa jadi muka Korea kan, terus Yong Hwa masuk meminang sally..ok, sally meroyan lagi..!!



Penghidratan yang mencukupi

Masyarakat Korea percaya bahawa banyak minum air membantu untuk memperlihatkan kulit mereka bersinar, maka mereka akan memulakan hari mereka dengan meminum secawan air & percikkan air sejuk pada muka mereka selama beberapa minit. Selain itu, buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan benda yang paling penting dalam makanan mereka, jadi mereka ambil makanan dengan kurang natrium untuk mengekalkan penghidratan dalam badan mereka.

Mencuci, 'toning' dan melembap yang kerap

Mereka mempunyai cara yang unik untuk menggunakan produk penjagaan kulit kerana mereka percaya ia akan menghasilkan keputusan yang lebih baik.

Mencuci: mereka mengamalkan '424', di mana anda perlu membersihkan muka anda dengan minyak (kelapa, badam atau apa-apa minyak pembersihan) selama 4 minit, kemudian diikuti dengan pembersih berbuih selama 2 minit dan seterusnya bilas muka anda selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan akhiri dengan air sejuk untuk menutup semua liang dibuka.

'Toning': Mereka lebih suka memanfaatkan toner dengan menggunakan hujung jari untuk penyerapan yang lebih baik.

Pelembapan: Dengan menggosok kedua tangan bersama, kemudian letakkan ke seluruh muka dengan cara yang 'T'.



Pek atau topeng muka (face mask)

Pek atau topeng muka di Korea diperbuat daripada bahan-bahan yang telah dicuba & diuji sejak keturunan nenek moyang mereka. Rutin menggunakan dua topeng iaitu topeng pembersihan dan topeng penyegaran pada masa yang sama sekali seminggu membantu mengurangkan bengkak pada muka. Di samping itu, penggunaan topeng yang terdiri daripada serbuk kepompong ulat sutera dipanggil 'baekgangjam' bantu dalam memutihkan kulit. Jika tidak mahu membazir duit membeli pek yang telah siap, mereka juga membuat topeng buatan sendiri daripada putih telur dan campuran madu.

Penjagaan leher

Memakai krim pada leher dari rahang sehingga ke leher paras kolar untuk menjadikannya lebih efektif.

Tidur cukup untuk tampil cantik
Mereka kebanyakannya mengamalkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6 atau 8 jam kerana masa tidur penting untuk kulit yang sihat.

Produk penjagaan kulit

Jenama Asia semakin popular hari ini di seluruh dunia kerana ciri-ciri yang baik dan keberkesanannya. Sesetengah wanita di Korea Selatan menggunakan kira-kira 10-20 produk setiap hari untuk penjagaan kulit mereka.

Senaman regangan muka

Ini adalah amalan biasa di mana mereka akan mengulangi 'Ma Me Mi Mo Mu' sebanyak 10 kali untuk penjagaan otot bibir & pipi. Di samping itu, regangan otot muka selaras dengan pernafasan juga disyorkan.

Solekan yang halus dan tidak ketara
• Mata hanya diminimum dengan corak warna yang lembut atas kelopak mata, serta gunakan 'eyeliner'.
• Gunakan maskara untuk bulu mata yang lebih hitam.
• Bulu kening tersusun rapi dengan gel kening.
• Pemerah pipi berwarna merah jambu untuk menaikkan seri pipi.
• Warna asli untuk bibir yang menggoda.

Ingat, rahsia kecantikan wanita di Korea Selatan yang paling penting ialah kurang solekan dan lebihkan penjagaan kulit. So, lepas ni boleh la amalkan tips-tips ni...hehehe...so, nanti muka kita jadi cantik jugak..eheee...yang mana berangan nak kawen dengan artis Korea macam sally, sila la amalkan ye..hikhik..

SUMBER

Post a Comment

12 Comments

  1. Aduh... cerewetnya...alahaiiii tak sanggup ler ida nak mengikutnyer....

    ReplyDelete
  2. bukan wanita sahaja,
    lelaki pun sama ada buat pembedahan,
    sbb tu ler muka masing2 jambu jer tgk.
    x ori urang korea nie.
    hehe.

    ReplyDelete
  3. tapi betol la kan.. korea terkenal dengan pembedahan plastik.. hehe

    ReplyDelete
  4. hahha bagus perkongsian nie kakak. tak ada pown guna produk2 kecantikan. nak praktis. haha

    ReplyDelete
  5. wah .. tips bagus ni ,..tunggu 2 minggu lagi kompem Nickhun 2pm mri melamar ..kuh3.. ingatkan smua buat bedah plastik :D

    ReplyDelete
  6. oh boleh lah ikut tips ni kan . bru dpt ngorat oppa2 yang hensem *verangan tak sudah*

    ReplyDelete
  7. info yang sangat berguna untuk diamalkan..thanks share :)

    ReplyDelete
  8. kulit mereka memang cantik.. ada rahsia juga ya..

    ReplyDelete
  9. sangat-sangat, hmmm.. teliti dan memerlukan kerajinan yg sangat tinggi..

    ReplyDelete
  10. tu la. saya tengok drama korea heroin dia semua kulit mulus,putih melepak,licin,cantik... fuhh...susah jugak nak ikut ni,hehe... diorang memang rajin lah... hehe :) patutlah kulit pun cantik sangat.... :)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!