Sunday, April 5, 2020

5 Resipi Mudah dan Sedap untuk Berbuka Puasa.


Tengah cari menu yang sesuai nak berbuka puasa? Sally kongsikan beberapa resipi yang sedap untuk berbuka puasa. Yang penting tak guna masa yang lama pun tapi mudah. Jom tengok resipi apa nak masak hari ini 😄

1. AYAM BLACK PEPPER DENGAN CENDAWAN SHITAKE


Bahan-bahan:
2 ketul ayam fillet / dada ayam (potong serong atau dadu)
3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
2 sudu besar lada hitam
1 biji bwg Holland (potong bulat)
1 btg cili merah (potong serong)
3-4 sudu besar kicap (nak bg hitam jer)
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Cendawan shitake atau apa-apa lagi sayur yg korang suka.

Cara-caranya:
1. Kisar/hiris halus bwg merah, bwg putih & lada hitam.
2. Gaul ayam dgn kunyit dan garam sikit, pastu goreng, cukup sehingga separa masak.
3. Tumis bahan tadi sehingga naik bau. Masukkan sos tiram. Kacau seketika dan masukkan ayam tadi. Kacau dan masukkan bwg Holland & cili merah & kicap.
5. Masukkan sayur or cendawan tadi. Gaul rata dan siap utk di makan.

2. IKAN TENGGIRI GULAI TEMPOYAK


Bahan-bahan:
5 keping ikan tenggiri, dibersihkan dan dipotong-potong.
Tempoyak (nak letak banyak mana tu, ikut citarasa sendiri)
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
6 tangkai daun kesum
Sedikit mentimun tua sebagai bahan perencah (nak letak bendi pun boleh)
10 biji cili padi (dikisar halus, kalau malas potong-potong pun boleh)
4 cm kunyit hidup (dikisar halus)
6 ulas petai (tak nak letak pun ok)
Daun ‘Chemomok’ dibelah dua (kalau tak tahu atau tak ada, tak payah letak)

Cara-caranya:
1. Campurkan kunyit dan cili padi yang sudah dikisar tadi bersama tempoyak,petai, daun ‘Chemomok’ dan sedikit air. Gaul sebati.
2. Kemudian masukkan tenggiri yang sudah dilumur dengan sedikit kunyit dan garam. Biarkan ia terendam selama 15 minit supaya semua bahan tu bersatu.
3. Setelah itu naikkan ke atas api kecil. Setelah mendidih masukkan lagi air secukupnya.
4. Masukkan pula garam, gula dan serbuk perasa serta mentimun tua.
5. Biarkan sehingga mendidih kembali atau hingga ikan tersebut masak. Kemudian masukkan lagi lebihan daun kesum yang ada.
6. Jika sudah cukup rasa, kuah cukup pekat, boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Resipi asal : aniemohamed.blogspot.com/2017/07/resepi-gulai-tempoyak-ikan.html

3. SOTONG MASAK KICAP BEREMPAH


Bahan-bahan:
Bahan A:
Sotong kecil secukupnya. Bersihkan bahagian dalamnya.
Sos tiram secukupnya
Kicap masin dan kicap manis secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya
(Secukupnya merujuk kepada kuantiti sotong)

Bahan B:
3 sudu minyak masak
1 tangkai daun kari
1 kiub ayam
(Kisar) 1 labu bawang besar
(Kisar) 4 ulas bawang kecil
(Kisar) 1 inci halia
(Kisar) 2 batang serai

Bahan C:
(Untuk hiasan) Cili merah, cili hijau, daun bawang dan tomato

Cara-caranya:
1. Satukan Bahan A sehingga sotong sebati dan diperapkan bersama selama 5 minit. Ketepikan.
2. Panaskan kuali bersama 3 sudu minyak masak. Tumiskan bahan yang diblend bersama kiub ayam dan daun kari. Tumis sehingga kekuningan dan garing.
3. Masukkan bahan perapan sotong bersama kuah-kuahnya skali. Masak sehingga pecah minyak dan air sotong kering.
4. Last skali masukkan Bahan C, gaul rata dan tutup api. Sedia untuk dihidang.

Resipi asal : mrspuex.blogspot.com/2017/05/resepi-mudah-berbuka-puasa-sotong-masak.html

4. IKAN SIAKAP KENGSOM

Resepi Siakap Kengsom

Bahan-bahan:
1 ekor ikan Siakap - boleh gantikan dengan ikan Kerapu
2 biji cili merah - buang biji *
15 biji cili api *
1 inci kunyit hidup *
1 biji bawang besar *
2 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 batang serai *
1 inci belacan *
1 biji limau nipis - ambil jusnya.
Air asam jawa secukup rasa
Nanas secukupnya
Kangkung secukupnya

Cara-caranya:
1. Kisar bahan yang bertanda * tadi. Masukkan bahan kisar tadi dan juga nanas dalam periuk.
2. Masakkan bahan tadi sampai mendidih, kemudian masukkan air asam jawa.
3. Perasakan garam dan gula ikut selera, kemudian boleh lah masukkan ikan dan biar masak.
4. Akhir sekali masukkan kangkung dan perahan limau tadi, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Resipi asal : www.shuhaidakabdy.com/2019/02/resepi-siakap-kengsom.html

5. DAGING MASKA LEMAK CILI API DENGAN PUCUK UBI DAN PETAI


Bahan-bahan:
Cili padi, santan, kunyit hidup (serbuk kunyit pun boleh), daun kunyit, serai, asam keping (kalau perlu), garam dan gula

Cara-caranya:
1. Celurkan pucuk ubi tu, dah lembut terus toskan air dia, perah sampai semua air takde then potong kecil (ada orang guna pucuk labu, boleh juga)
2. Lepas tu tumbuk cili padi dengan kunyit hidup sampai agak lumat, then masukkan dalam periuk
3. Masukkan santan, serai, daging...Masak guna api yang paling kecil, supaya tak pecah minyak (incase kalau risau daging tak empuk, rebus dulu)
4. Dah agak lama tu, santan dah masak, masukkan pucuk ubi...kacau sekejap, masukkan daun kunyit (racik halus) dan petai, lepas tu terus tutup api (petai kalau lembik tak sedap)

2 comments:

  1. semua post macam2 resepi utk puasa nanti. huwaaa rindunye nak balik rumah

    ReplyDelete
  2. thank you sharing..blh cuba ni..:)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!