Ramadhan Buffet 2020 | Citarasa Nusantara di Royale Chulan Kuala Lumpur #CitarasaNusantara2020

Buffet Ramadhan 2020 - Royale Chulan Kuala Lumpur | Mencari makanan asli daripada nusantara Malaysia, Royale Chulan Kuala Lumpur kembali dengan tema "Citarasa Nusantara 2020" sempena bufet Ramadan yang akan tiba tak lama lagi.

Chef Sobri Soid dan pasukannya akan menyediakan 100 jenis menu makanan sempena Ramadan yang akan disajikan di Warisan Cafe di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Royale Chulan Kuala Lumpur terkenal dengan menu warisan asli Melayu dan juga makanan lain yang mampu menarik minat rakyat Malaysia.



Pada tahun ini, Royale Chulan Kuala Lumpur bakal menyediakan kambing golek, Gulai Kari Mambo, Bubur Lambuk Royale dan juga seleksi pasta, sushi, lemang, Rendang, Ikan Bakar serta lauk-pauk yang menambat selera seperti Gulai Ikan Talang Masin, Pajeri nenas, Assam Pedas Claypot, Royale Biryani dan semestinya kuih muih tradisi Melayu dan pemanis mulut yang lain.

Selain daripada kepelbagaian menu yang ada, semua pelanggan akan di sajikan dengan alunan Ghazal secara LIVE.


Lok Lok



Antara menu yang paling wajib korang cuba semestinya Nasi Lemak Dua Kupang ini, kalau korang suka rasa nasi lemak yang lemak, sambal manis pedas macam nasi lemak bungkus dulu-dulu, ada ayam goreng dan sambal telur puyuh. Sally yakin korang mesti suka rasa Nasi Lemak Viral ini.


Bubur Lambuk & Gulai Daging Salai Kampung


Kacang Pool



Menu-menu highlight yang perlu korang cuba di bufet Ramadan Citarasa Nusantara di Royale Chulan Kuala Lumpur termasuklah Udang Nestum Lee, Kambing Golek, Bee Hoon Sup Utara Mai, Lontong Samudera dan menu-menu makanan asli Melayu, Cina dan India antaranya Nasi Ayam, Sate, Nasi Ulam Utara dan lauk pauk seperti Sayur Asam Keladi dan Gulai Talang Ikan Masin Kurma Telur. Kalau teringin nak makan burger tepi jalan tu pun kat sini ada.


Pondok Buah





Warisan Cafe di Royale Chulan Kuala Lumpur telah mendapat pensijilan HALAL dan pakar dalam masakan Malaysia, Jepun, dan Itali serta menu antarabangsa yang lain.

💭 Kaunter Zakat akan dibuka di lobi hotel, solat Terawih di Tun Sri Lanang 1 & 2

Bufet Ramadan di Royale Chulan Kuala Lumpur akan bermula pada 25hb April 2020 dan HARGA EARLY BIRD hanya RM100 (1hb Mac - 19hb April 2020)

Harga Bufet:
Dewasa : RM150
Warga Emas : RM100
Kanak-Kanak (6-12 tahun) : RM75
Untuk tempahan hubungi 03-2688 9639 atau email kepada fnbpromo.rckl@royalechulan.com
Facebook : Royale Chulan Kuala Lumpur

Post a Comment

2 Comments

  1. Wow! The food selection is just .... Leleh air liur baca.

    ReplyDelete
  2. Tu diaaa....
    nak ramadhan blog penuh gambar makanan sahaja

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!