Thursday, March 19, 2020

BISKUT CORNFLAKES MUDAH UNTUK KUDAPAN.



Ketahuilah kalau manjang baking masak baking masak, mmg kena buat panic buying untuk dapur Sally... Baru 2 hari Perintah Kawalan Pergerakan dah nak hbs semua benda kat dapur Sally masak 😂 Tapi takpe, asalkan tak keluar dan tak terdedah kepada virus, virus gemuk tu Sally sanggup je...hahahaha

Untuk kudap-kudapan, Sally dah buat piza, mufin, puding...Lepas tu nampak cornflakes duduk diam dalam kabinet, terus terfikir nak buat cookies. So, Sally kongsikan resipi kalau korang nak cuba ya.


BAHAN-BAHAN:
200g butter
¾ cawan gula kastor
1 biji kuning telur
1¾ cawan tepung gandum
¼ cawan tepung jagung
½ sudu teh baking powder
2 cawan cornflakes (ramas kasar)
Sedikit garam

CARA-CARA NAK BUAT:
  1. Gaulkan gula kastor dan butter, tak kisah nak guna tangan atau guna whisk, senduk ikut la selera sendiri sampai dah agak sebati lepas tu masukkan telur kuning.
  2. Masukkan tepung gandum, baking powder, garam dan akhir sekali cornflakes
  3. Gaul rata sehingga sebati
  4. Panaskan oven kepada 170°celcius
  5. Gunakan sudu atau jari untuk susun adunan dalam dulang pembakar, jangan lupa sapu sedikit butter pada permukaan atau letak baking paper
  6. Bakar dalam 15-20 minit, bergantung kepada oven masing-masing, gunakan api atas bawah
  7. Dah siap, sejukkan dulu sebelum masukkan dalam bekas kedap udara.
Selamat berkudap-kudapan!

No comments:

Post a Comment

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!