Tuesday, March 17, 2020

Apa Nak Buat Dalam 14 Hari Perintah Kawalan Pergerakan Di Rumah?


AKTIVITI DI RUMAH SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN | Dugaan buat semua umat manusia bila virus COVID-19 telah menjengah setiap pelusuk dunia dan pada 16 Mac yang lepas, Perdana Menteri Malaysia yang ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 - 31 Mac 2020. Perintah kawalan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Bermula tengah malam ini, larangan keluar antara negeri (domestik) juga dikenakan, jadinya kita secara tak langsung tidak dibenarkan keluar daripada negeri kita bermastautin untuk bercuti, pulang ke kampung dan sebagainya melainkan jika perlu seperti bekerja, atau ada urusan penting.

So, apa nak buat dalam 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan di rumah?


Sebenarnya ada pelbagai jenis aktiviti yang bermanfaat kita boleh lakukan di rumah antaranya:

1. Solat berjemaah dan banyakkan berdoa
Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang bersidang pada 15 Mac.

Jadinya, ibubapa dan anak-anak boleh melakukan solat fardhu secara berjemaah di rumah, banyakkan berdoa, buat solat hajat dan membaca Al-Quran.

2. Menonton TV bersama keluarga
Sempena Perintah Kawalan Pergerakan, Astro juga bermurah hati untuk memberikan semua siaran movie secara percuma untuk pelanggannya bermula 18 - 31 Mac 2020. Antara saluran yang boleh ditonton termasuklah HBO, FOX Movies, Celestial Movies, tvN Movies and BollyOne. Jangan lupa tonton movie bermula jam 6am esok!

Kepada yang ada akaun Netflix, inilah masanya nak habiskan semua K-Drama, movie, drama, anime yang ada..hahahahaha

3. Belajar memasak/memasak bersama keluarga
Ini masa yang sangat sesuai untuk memasak atau belajar memasak. Untuk mengurangkan aktiviti di luar, kita boleh memasak untuk keluarga, kepada yang tak tahu nak masak, ini masa yang sesuai untuk belajar memasak. Sambil boleh jimat duit untuk beli makanan daripada luar, lebih baik kita belajar memasak atau masak di rumah.

4. Membaca buku atau novel
Untuk yang suka membaca, ambil la masa ini untuk membaca buku atau habiskan segala novel yang diborong dekat Big Bad Wolf atau Pesta Buku tahun-tahun lepas, jangan simpan sampai jadi makanan anai-anai pulak.

5. Bersenam
Iye, jangan di pandang pada penulis blog ini, dia memang tak ada kesedaran sivik nak bersenam, tapi kalau korang nak tau, masa ini kita boleh ambil masa untuk bersenam, cari tutorial bersenam di rumah atau berzumba. Mana tau boleh kurang berat badan sebelum raya.

6. Ganti puasa tahun-tahun lepas
Hah! Kepada yang belum mengganti puasa, ini masa yang sesuai. Kalau sebelum ini asyik terpedaya bila kawan ajak lunch kan, dah alang-alang ada kat rumah apa kata ambil peluang untuk ganti puasa atau buat puasa sunat. Jangan duduk rumah, makan tidur je kerjanya!

7. Kemas rumah
Alasan yang paling kerap kita luahkan, sebab kerja takde masa nak kemas rumah. Ambil la masa kemas rumah, ajar anak-anak lipat baju, gosok baju (kalau perlu), bercucuk tanam, mengemop dan membersihkan kawasan rumah. Buat sikit-sikit, takde la terasa penat sangat.

Kalau extra rajin, boleh susun atur ruangan rumah, tukar kedudukan perabot atau buat 'spring cleaning', buang semua benda yang tak berguna atau yang sudah rosak. Jangan lupa kemas katil juga!

8. Cari duit poket dengan bekerja dari rumah
Sebenarnya ada pelbagai jenis platform yang boleh kita buat duit, salah satunya yang Sally nak kongsikan ialah JAG.

Jangan lupa download dan daftar. Senang je, share iklan, kumpul point dan dapat duit...hehehehe (Link: https://my.jagreward.com/member/register/?referrer=sallyjung). Jangan lupa letak referrer sallyjung tau!

9. Hubungi keluarga / buat video call dengan ahli keluarga
Larangan keluar antara negeri (domestik) juga dikenakan, jadinya kita secara tak langsung tidak dibenarkan keluar daripada negeri kita bermastautin untuk bercuti, pulang ke kampung...jadinya kita boleh hubungi Mak Tok, Tok Pa, Nenda, Tok Ayah dan saudara mara kita. Bertanya khabar, kalau nak advance sikit buat la video call, biar terubat rindu nampak muka kan?

10. Jaga kebersihan, mandi dengan kerap, basuh tangan dengan kerap
Walaupun duduk di rumah, kebersihan masih lagi menjadi keutamaan kita, jadinya jangan lupa basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun, mandi selepas keluar daripada rumah, basuh baju jika perlu.

Hah, ini antara 10 aktiviti yang boleh dibuat di rumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan. Ini cuma guideline sahaja, sebab ada banyak lagi aktiviti yang boleh kita lakukan mengikut keperluan kita. Share la aktiviti korang, mana tau boleh jadi inspirasi kepada orang lain?

5 comments:

  1. Thanks sharing this, gud idea for all muslim:)

    ReplyDelete
  2. masa untuk dimanfaatkan bersama-sama keluarga! ada hikmanya.

    ReplyDelete
  3. inilah masa nak spend time dgn keluarga.. tapi bagi yg bekerja dari rumah kena pandai arrange masa utk kerja dan urusan keluarga..

    ReplyDelete
  4. Banyak sangat benda boleh buat di rumah...rugi siapa mensia-siakan masa dnegan tidur, makan, tidur balik..hahahaha saya kerjaaa..ahad je cuti, dan kini masih masuk kerja sebab bahagian makanan..Lorh

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!