Tuesday, March 3, 2020

The Beauty Expert Academy Spa Cheras | Spa Estetik Tanpa Suntikan! #FUNdaywithbeautyexpert


The Beauty Expert Academy Spa Cheras | Kalau sebelum ini dengar je spa estetik, benda pertama akan ada dalam kepala, habis la nak kena cucuk sana sini...lepas tu takut ada kesan sampingan daripadanya...Hah, tapi The Beauty Expert Spa Cheras berbeza tau. Awal bulan lepas, mereka telah menganjurkan sesi minum petang bersama media buat kali pertamanya dan kami dapat la kenal dengan lebih lagi tentang spa yang satu ini.


Pengasasnya, Puan Mastura binti ldris berasal daripada Kerteh, Terengganu merupakan pemilik spa kecantikan ini yang telah beroperasi sejak tahun 2012. Kalau korang nak tau, Puan Mastura ini bukan calang-calang orang tau, dalam usia yang muda beliau telah menjadi Pegawai VTO iaitu Tenaga Pengajar yang diiktiraf untuk kursus-kursus dibawah Sijil Kemahiran Malaysia. Jadinya individu yang nak melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, terutamanya kursus estetik dan terapi spa, boleh datang terus ke spa terbaik di Cheras ini. Kursus di sini akan dipantau sepenuhnya secara teori dan praktikal oleh Puan Mastura sendiri.

Di The Beauty Expert Academy Spa Cheras, mereka menyediakan servis rawatan estetik dan spa secara tradisional. Mereka menggunakan teknologi terkini dalam perawatan dan penjagaan muka. Manakala spa tradisional lebih kepada terapi badan, kaki dan tangan seperti mandian bunga, mandian aura, skrub dan masker badan. Apa yang menarik mengenai spa ini ialah mereka merupakan aesthetic spa terbaik di Kuala Lumpur yang tidak menggunakan sebarang suntikan namun hasil rawatan estetik mereka masih lagi setanding dgn spa yang lain. Sebelum mendapatkan rawatan, sesi konsultasi dengan ahli terapi akan dijalankan untuk mengetahui rawatan yang sesuai dengan masalah muka kita.





Antara servis yang mendapat permintaan tinggi di sini ialah Sulam Bedak Kristal, Placentex, BIO-Dermagun, Micronano Oxygen, Boost Uplifting, Lift Up Eye Treatment, Fat-Busting Treatments dan Hot Detox Blanket. Servis lain yang turut disediakan antaranya rawatan muka dan badan, servis penjagaan pantang selepas bersalin, pakej spa untuk bakal pengantin, mandian badan dan rawatan kaki.

Sally akan ceritakan antara tiga rawatan yang sering menjadi pilihan di The Beauty Expert Academy Spa Cheras ini:

Sulam Bedak Kristal (BB Glow)
Apa itu Sulam Bedak? Rawatan Sulam Bedak ini mampu membuatkan kulit wajah nampak lebih cerah dan sekata dengan serta merta selepas rawatan. Kesan Sulam Bedak yang semi-kekal ini mampu bertahan selama 2-3 bulan. Sulam Bedak yang dijalankan bukan suntikan tau tetapi permukaan kulit akan digilap secara halus dan tidak menyakitkan. Selepas buat sulam bedak, penting untuk gunakan sunblock/sunscreen sekerapnya dan gunakan skincare yang sesuai macam produk penjagaan muka ROYALQ ASIA yang boleh dibeli di spa ini, kalau tak satu set pun wajib dapatkan Diamond Dolly Booster Essence dan Liquid Foundation Sunblock SPF60.

Haram atau tidak?
Sulam Bedak yang diharamkan ialah jika 'embroidery' yang seperti tatu, yang memasukkan bedak asas pada lapisan bawah kulit wajah secara kekal. Berlainan dengan Sulam Bedak di The Beauty Expert Academy Spa Cheras, mereka menggunakan 36 nano needle yang hanya akan mengoles bedak asas di atas permukaan kulit. Exactly sama seperti kita gunakan serum dan bedak asas seperti kebiasaannya.

BIO-Dermagun
Rawatan ini melibatkan Crystal Titanium Transdermal yang tidak menyakitkan dari Asid Hyaluronik, Vitamin, Enzim dan Asid Amino yang kaya ke dalam kulit untuk memastikan sel-sel kulit terhidrat dan dipelihara serta memulihkan tona dan keanjalan kulit muka.

Placentex
Rawatan ini menggunakan DNA SALMON untuk merawat sehingga ke akar umbi wajah, ianya akan membaikpulih sel kulit yang rosak dan tidak baik. Kalau korang nak dapatkan kulit yang glowing bak kaca gitu, rawatan ini terbaik tau. Bayangkan perubahan daripada kulit yang kusam, kering, kasar, kedutan dan ada garisan kepada muka yang tegang bersih.

Untuk maklumat lanjut tentang The Beauty Expert Academy Spa Cheras dan promosi terkini, layari laman sosial;

Facebook: www.facebook.com/thebeautyexpertacademy
Instagram: @thebeautyexpertcheras
Emel: spacher351988@gmail.com
Telefon: 03-9546 7094 / 013 257 6447
Alamat: The Beauty Expert Academy Spa Cheras, No 14B, Jalan Suadamai ½, Bandar Tun Hussein Onn, 43200, Cheras Kuala Lumpur.


**BERITA BAIK BUAT PELANGGAN BARU!
Diskaun sebanyak 65% akan diberikan kepada pelanggan yang pertama kali berkunjung ke
The Beauty Expert Academy Spa Cheras bermula 9 Februari 2020.

1 comment:

  1. tak sabar rasanya nak cuba treatment disini selepas kita pergi hi tea hari tu .. tapi hahaha takde masa lah.. sibuk sgt. sally dah p ker?

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!