Saturday, February 15, 2020

#KakakKimchi Cuba Menu Korea di EID Authentic Korean Cuisine, Damansara Perdana.


Heyyo korang, annyeonghaseyo! Lama gila kan #KakakKimchi korang tak review makanan Korea kan...kakak busy dik, busy dengan hal yang tak berfaedah! Hahahahaha...So, harini Sally nak share dengan korang menu yang ada di EID Authentic Korean Cuisine, Damansara Perdana.

Kali pertama Sally makan di kedai EID semasa berada di Seoul, sebab restoran ini merupakan antara restoran yang terkenal di Itaewon yang menyajikan menu Korea asli yang halal. Selepas branch pertama dibuka di Malaysia, spesifiknya di Bandar Baru Bangi, teringin juga nak pergi tapi tak berkesempatan. Branch Damansara Perdana merupakan branch yang ketiga selepas branch yang kedua dibuka di Seremban. Pemilik restoran ini merupakan pasangan Korea yang sudah memeluk agama Islam.


Seleksi menu yang ada agak terhad berbanding di restoran yang lain tapi masih lagi mengekalkan keaslian menu-menu yang terkenal di Korea seperti bulgogi, japchae, kimchi stew, kimchi-bokkeum-bap (nasi goreng kimchi), mandu (dumpling), dan menu-menu street food yang popular macam ayam goreng Korea, sotteok, tteokbokki dan juga corndog.

Sally cuba kimchi stew dengan bulgogi...kedua-duanya didatangkan dengan nasi dan sup...surprisingly bulgogi dia sangat kering dan digoreng garing, tak macam bulgogi yang dimasak dekat restoran lain. Culture shock sekejap. Hahahaha.

Kimchi stew dia agak pekat dan penuh dengan kimchi, kena la dengan selera tekak Sally walaupun Sally berharap dalam kimchi stew ni akan ada bawang putih (sebab rasa dia lari sikit) dan tofu lembut. Dalam stew juga ada kepingan daging ayam.


Cousin Sally memang teringin nak cuba corndog, jadinya kami pilih cheesy corndog. Corndog kat sini memang ikut style Korea yang mana dalamnya ada cheese mozarella di bahagian atas dan hotdong di bahagian bawah.


Most recommended daripada selera tekak Sally, the one and only mestilah mandu tuu...Sally tak rasa ralat langsung bayar RM7.90 untuk mandu tu tau, inti dia sedap sangat dan terasa masam kimchi tu well blend dengan sos cuka istimewa mereka tu. #KakakKimchi is happy!


Tradisinya kalau kedai makanan Korea dekat Malaysia ni mesti nak sediakan ayam goreng Korea, EID juga tidak terkecuali. Korang boleh pilih sama ada nak sos yangnyeom atau honey. Cuma Sally agak tak gemar bila ada taburan kacang tanah atas tu, I would prefer the old fashion guna bijan je..hehehe...Just my two cent la kan?


Again....kenapa la ada kacang tanah dan sos keju? Hahahaha...For me moderation is better sometime. Sally sebenarnya agak teruja nak cuba sotteok sebab tak semua restoran makanan Korea ada sediakan sotteok, dekat Korea susah nak cuba sebab concern dengan status halal sosej yang digunakan tapi Sally agak terkejut bila sampai sotteok ni ada sos keju dan taburan kacang tanah. Maybe next time kalau nak order kena inform kan mereka.

Istimewanya hanya di branch Damansara Perdana je ada dijual kopi tau, jadinya lepas makan boleh la order kopi. Sambil lepak-lepak dengar lagu KPOP kan...hehehe


Overall, Sally agak ralat sikit sebab tak dapat rasa yang sama dengan yang ada di Seoul. Totally berbeza pada rasa tapi Sally faham mungkin owner nak sediakan menu mengikut tekak rakyat Malaysia yang pelbagai. Ada beberapa menu yang tak sempat Sally cuba macam tteokbokki, dumpling pancake, bibimbap, kimchi-bokkeumbap dan japchae, so...kena datang lagi sekali la nampaknya, yang dah order ni pun makan sampai tersandar ke dinding. Kalau korang mencari menu Korea, boleh ke EID Authentic Korean Cuisine, Damansara Perdana ok?

EID AUTHENTIC KOREAN CUISINE
(Dibuka setiap hari bermula jam 11.00am - 11.30pm)
Alamat: 17, Jalan PJU 8/5d, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor
No Telefon: 03-7491 3158
Instagram: @eid.korea.my

4 comments:

  1. Ya ampun sedapnya semua menu. Tekak memang suka makanan Korea ni nanti boleh try

    ReplyDelete
  2. Alahaii serta merta lapar tengok menu2 nya

    ReplyDelete
  3. Hi kak Sally! Lama tak singgah sini. Blog pun dah tukar wajah baru. Hehehe :D

    Lain pula eh makanan EID Damansara ni dengan EID Bangi. Dekat EID Bangi sotteok dia takde kacang dengan keju. Ke, saya oder sotteok yang lain eh?

    ReplyDelete
  4. Tak sama ya? Saya pernah ke Eid di Itaewon, kat sana makanan sedp juga walau kedai dia kecil

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!