Festival Kebudayaan Perancis; Le French Festival 2020 kembali ke Malaysia!



Le French Festival 2020 (Edisi ke-19) telah kembali ke Malaysia...Ianya merupakan acara tahunan Perancis yang terbesar dan terkemuka di Malaysia yang akan berlangsung bermula 19hb Mac sehingga 24hb April di 4 buah bandar di Malaysia. Untuk pengetahuan korang, Le French Festival (LFF) dianjurkan oleh Alliance Française (AF) dan Kedutaan Perancis di Malaysia.

Untuk edisi yang ke-19, acara tahunan ini akan mempersembahkan beberapa program termasuk tayangan filem Perancis, konsert muzikal, teater dan persembahan siaran langsung, pesta makanan, dan lain-lain lagi.

Untuk filem Perancis, ada 17 buah filem akan ditayangkan di GSC (dengan sarikata Bahasa Inggeris) yang terpilih merangkumi filem adaptasi daripada kisah benar, animasi, komedi dan kekeluargaan. Antara filem yang wajib tonton ialah Fourmi, Le Voyage Du Prince, Selfie dan Le Mystère Henri Pick.



Selain daripada filem, exhibition fotografi daripada Roger Kasparian x The Eyes of The Sixties antara yang menjadi tarikan. Pengalaman beliau selama hampir 60 tahun dalam bidang fotografi, dan koleksi ini merupakan antara koleksi yang tidak pernah diterbitkan oleh mana-mana majalah atau papan iklan. Kalau nak tengok koleksi beliau seperti gambar-gambar artis The Who, The Beatles, The Rolling Stones, Johnny Halliday, dan Serge Gainsbourg semasa muda, inilah peluang dia. MASUK PERCUMA tau!



Untuk pertunjukan muzik pula, jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan kecapi (harp) daripada Maia Darme dalam sebuah persembahan orkestra yang ditulis khas untuk beliau daripada komposer yang berasal daripada Columbia; Carlos Andres Mejia Zuluaga. Selain itu akan ada juga pertunjukan muzik akustik daripada Manu Chao (Sibérie M’était Contée), Bijoux Francaise dan Les Romantiques.

Peminat pesta boleh menantikan Le French Festival 2020 di bandar-bandar dan tarikh di bawah:

Kuala Lumpur : 19 Mac – 6 April
Penang : 8 April – 15 April
Johor Bahru : 16 April – 18 April
Kota Kinabalu : 23 April – 25 April

Chef Anis Nabilah telah dilantik sebagai Friend of Le French Festival 2020
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lefrenchfestival.com.my
Facebook: facebook.com/lefrenchfestivalmy
Instagram: @lefrenchfestival_my

..................................................................................................................................................................................................
!! PENGUMUMAN PENTING !!

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula sejak 18 - 31 Mac 2020, Festival Kebudayaan Perancis; Le French Festival 2020 akan DIBATALKAN secara keseluruhan. Pejabat Alliance Française (AF) juga akan ditutup. Semoga akan ada aktiviti yang lebih baik pada tahun hadapan!

Post a Comment

7 Comments

  1. Replies
    1. Ada 4 lokasi; KL, Penang, JB & KK... Lain event lain lokasi... Kena tgk kat website

      Delete
  2. Dulu teringin nak belajar bahasa perancis. Suka dengar slang diorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la g tgk wayang... Melayan bahasa Franceeeeee

      Delete
  3. Le Mystère Henri Pick tu dah pernah tgk, tapi masa tgk tu tak paham takde subtitle

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow, tgk dekat mana tuu... Mesti kat luar negara ek???

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!