Friday, February 14, 2020

Apa Nak Buat Kalau Dapat RM3,000 Sebulan Seumur Hidup? #NestleGajiSeumurHidup


Nestlé Malaysia hari ini melancarkan peraduan terbesar di seluruh negara setakat ini, memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencapai impian mereka dan memenangi “gaji untuk seumur hidup” menerusi Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup – hanya dengan membeli produk Nestlé bernilai RM15 dalam satu resit.

Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup menawarkan peluang kepada dua pemenang bertuah untuk memenangi Hadiah Utama berupa ‘Gaji untuk Seumur Hidup’ sebanyak RM3,000 setiap bulan, dan peluang kepada 10 pemenang Hadiah Sagu Hati untuk memenangi ‘Gaji untuk Satu Tahun’ sebanyak RM3,000 setiap bulan. Hadiah wang tunai RM500 juga akan diberikan kepada 50 pemenang setiap minggu sepanjang tempoh peraduan selama 11 minggu. Ini menjadikan jumlah wang tunai untuk Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup melebihi RM4 juta, dan akan memberi manfaat kepada lebih 560 rakyat Malaysia. Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup akan berlangsung dari 14 Februari hingga 30 April 2020.


Hanya dengan membeli produk Nestlé yang terpilih bernilai sekurang-kurangnya RM15 dalam satu resit dan menjawab satu soalan mudah, pengguna layak untuk mengemukakan satu penyertaaan melalui pos atau Whatsapp. Pelanggan Nestlé boleh memilih untuk membeli lebih 300 produk daripada 25 jenama Nestlé, dan menghantar seberapa banyak penyertaaan yang diingini. Lebih banyak penyertaan yang dikemukakan, lebih tinggi peluang untuk menang! Pengguna juga boleh membeli satu set MILO MAKAN KOMBO di McDonald’s bernilai RM19.90 untuk menyertai peraduan ini.

Peruncit yang mengambil bahagian termasuk pasar mini utama, pasar raya, pasar raya hiper, kedai stesen minyak, kedai serbaneka dan juga platform e-dagang, termasuk Lazada dan Shopee, di seluruh Malaysia yang mengeluarkan resit rasmi sebagai bukti pembelian. Peruncit lain juga termasuk Qoo10, Lelong, Presto, Astro Go Shop, PGMall.


Untuk maklumat lanjut tentang Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dan butir-butir tentang cara untuk menyertai peraduan yang menawarkan peluang sekali seumur hidup ini, sila layari laman https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/peraduan-gaji-seumur-hidup

💭 Peraduan terbesar Nestlé Malaysia setakat ini, hadiah wang tunai melebihi RM4 juta. Jangan lupa join peraduan #NestleGajiSeumurHidup, mana tau ada rezeki kita menang?

4 comments:

  1. Wow, menarik sangat ni. Nk search produk Nestlé jap. Hihi. Thank you for sharing the info Sally.

    ReplyDelete
  2. wahh bestnyer kalo ada modal nih., ;p

    ReplyDelete
  3. kalau dapat gini..kita nak lompat bintang oi

    ReplyDelete
  4. Kalau menang, mmg banyak benda nk buat

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!