Sumbangan Kembali-Ke-Sekolah TOP Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana.


SK Pos Tenau, Perak

Diam tak diam dah 5 tahun program ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dijalankan dan buat tahun yang kelima, berita baik sebab TOP berjaya mengumpul sumbangan Kembali-Ke-Sekolah TOP tiga kali ganda daripada sasaran dana mereka. Ini sangat membanggakan kerana TOP telah memberi bantuan kepada 4 buah sekolah tambahan daripada sasaran asal hanya kepada kanak-kanak Orang Asli di Pos Tenau, Kuala Rompin (Pahang) dan Sungai Lembing (Perak).

SK Pos Lemoi, Pahang

TOP telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk menghantar keperluan kembali ke sekolah kepada komuniti-komuniti Orang Asli yang menetap di kawasan pedalaman Perak, Pahang dan Negeri Sembilan (yang kesemuanya berjumlah 674 pelajar Orang Asli yang berjaya dibantu) agar dapat hadir ke sekolah dengan keperluan sekolah yang lengkap, serta meringankan kewangan keluarga mereka.

SK Sg Mok, Pahang

TOP telah menjalankan kempen ini selama lima tahun untuk memberi motivasi kepada pelajar daripada komuniti kurang berkemampuan dan isi rumah B40 supaya mereka boleh mencapai kecemerlangan dengan meningkatkan keyakinan diri dan harga diri. Selain mendidik mereka supaya menjaga pakaian agar dapat tampil bersih dan selesa. Sehingga kini, seramai 2,474 orang pelajar telah menerima manfaatnya.

TOP telah bekerjasama dengan peruncit utama, TESCO untuk menjalankan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember 2019. Tiga puluh sen daripada jualan produk terpilih TOP dari semua cawangan TESCO di seluruh negara dan Tesco Online telah disalurkan ke tabung kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’.

Senarai penerima sekolah Orang Asli, lokasi dan jumlah pelajar.

No.
Sekolah
Bilangan Pelajar Orang Asli
1.       
SK Pos Musoh, Perak
70
2.       
SK Pos Lemoi, Pahang
84
3.       
SK Pos Bersih, Perak
147
4.       
SK Putra, Negeri Sembilan
110
5.       
SK Pos Tenau, Perak
79
6.       
SK Sg Mas, Pahang
79
7.       
SK Sg Mok, Pahang
105
Jumlah
674

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TOP, sila layari laman web http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan 1800-88-0133.

Post a Comment

0 Comments