Sepetang Bersama Chef Emmanuel Stroobant & Kismis California.


Selalu sangat kita dengar kan, sekecil benda tu la yang boleh bawa sejuta rasa. Macam tu juga la kismis, spesifiknya kismis yang dibawa daripada California. Bayangkan kismis yang dikeringkan di bawah sinar matahari California, mempunyai rasa manis semula jadi dan mengandungi banyak khasiat kebaikan. Lebih enak lagi kalau dijadikan hidangan yang pelbagai!



Walaupun di Malaysia ada pelbagai jenis jenama kismis, tapi semuanya datang daripada kawasan yang sama...dikeringkan dan dieksport daripada tempat yang sama. Hebatnya snek yang kecil ini ada pelbagai jenis kelebihan.

Antara kelebihan Kismis California:
↪ Manis secara semulajadi
↪ Sumber serat dan nutrien
↪ Sumber kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular, dan sistem saraf)
↪ Tidak mengandungi lemak dan rendah natrium (garam)



Awal minggu lepas, Sally teruja sebab dapat bersama dengan rakan blogger yang lain untuk menikmati hidangan yang dicipta khas menggunakan kismis yang dimasak oleh chef selebriti bertaraf 2 bintang Michelin, Chef Emmanuel Stroobant bersama chef jemputan Erich Anton Roos. Majlis ini telah di anjurkan oleh Jawatankuasa Pentadbiran Kismis (RAC).

Chef Emmanuel Stroobant telah melibatkan diri dalam dunia masakan sejak mula bekerja sebagai pembantu dapur pada usia semuda 16 tahun dan meniti kerjaya dalam dunia kulinari selama satu dekad. Paling menonjol ialah kemunculannya sebagai chef pengacara saluran AFC selama bertahun-tahun dan beliau membuka restoran pertamanya di Singapura yang dinamakan Saint Pierre.



Chef Emmanuel Stroobant telah menyediakan 3 resipi;
1. Kismis California, Ketam & Kubis Bunga
2. Pasta Kismis California dengan Jintan Hitam & Udang
3. Kismis California dengan Rusuk Lembu & Buah-Buahan Musim Sejuk



Resipi ini sedap, sebab gabungan isi ketam dan kismis tu bagi kita rasa manis buah dan manis daripada makanan laut. Sos tu melengkapi lagi rasa savori.



Pasta memang selari dengan kismis, ada yang buat kuah daripada gabungan kismis dan yang macam chef sediakan ini, kismis dimasak bersama dengan pasta. Manis masam kismis, bergabung dengan manisnya udang...memang tak cukup sepinggan jadinya...hehehe



Untuk peminat tulang rusuk lembu, resipi ini memang sangat sesuai...Sally suka gabungan rasa manis buah-buahan musim panas seperti epal dan pear yang digunakan, tulang rusuk pula dimasak dalam jangka masa yang lama, meningkatkan rasa manis dan berjus tulang rusuk tu.



Chef Erich Anton Roos pula telah menyediakan manisan yang diberi nama "Simfoni Kismis California" yang terdiri daripada Mufin Kismis California dengan krim, Aiskrim Kayu Manis Kismis California dan Paf epal.

Chef Erich Anton Roos sangat dikenali kerana sudah berkecimpung selama 40 tahun dalam dunia kulinari antarabangsa, meliputi banyak negara di Barat dan Asia. Buat masa ini beliau berpangkalan di Bangkok, memainkan peranan kepada perundingan dan perancangan strategik untuk keperluan latihan dapur dalam rangkaian hotel antarabangsa.



Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengesyorkan orang dewasa mengambil 1½ hingga 2 cawan buah-buahan sehari. Buah-buahan sedia untuk dimakan dan mudah dibawa ke mana-mana, seperti Kismis California, sesuai untuk mengisi kuota ini. Malah, pengguna hanya memerlukan ½ cawan kismis untuk mengisi keperluan harian berbanding 1 cawan penuh buah-buahan segar.

Menariknya sebab kismis ni boleh dijadikan manisan dan juga rencah dalam masakan juga selain daripada ianya juga antara snek yang paling sihat sebab mengandungi gula semulajadi dan merupakan salah satu cara untuk kurangkan pengambilan gula dalam masakan dan kuih muih.

Untuk maklumat dan resipi Kismis California, boleh kunjungi www.calraisins.org dan
www.caraisins.com atau di laman Facebook rasmi mereka; www.facebook.com/RACASEAN

Post a Comment

8 Comments

  1. tak sangka banyak masakkan sedap yang boleh dibuat menggunakan kismis

    ReplyDelete
  2. kismis manis masukkan dalam resipi mesti lebih sedap kan

    ReplyDelete
  3. Selalu nad mkn kismis masuk dalam nasi briyani.. Ni boleh buat macam2 lagi.. Terbaikla..

    ReplyDelete
  4. Dulu suka makan gitu ja kismis nie, rupanya macam-macam boleh dimasak ya Sally..

    ReplyDelete
  5. wah.. boleh la tinjau2 website tu untuk tengok resepi2 yang menggunakan kismis

    ReplyDelete
  6. Sedap kismis..dulu2 rajin beli bt mknn harian.. Kismis ni mcm2 blh letak dlm pelbagai masakan kan..

    ReplyDelete
  7. oh my god all the foods are love !

    ReplyDelete
  8. Bestnya Sally dapat merasa masakan dari Chef Emmanuel. Nak nak masakan yang ada kismis mesti sedap kan

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!