Wednesday, January 29, 2020

Saksikan 29th High 1 Seoul Music Awards LIVE di JOOX!


JOOX, platform penstriman muzik Asia yang paling mendukung muzik K-Pop, sekali lagi membawakan secara eksklusif Anugerah Muzik Seoul High1 ke-29 (29th High 1 Seoul Music Awards) kepada peminat setia di Malaysia. Tahun ini menjanjikan kelainan buat peminat K-Pop kerana siaran secara langsung di JOOX ini hadir dengan terjemahan sarikata dalam masa nyata melalui teknologi AI.

Anugerah Muzik Seoul High1 ke-29 mengiktiraf penyanyi terbaik dan paling popular tahun lalu, menerusi acara siaran langsung di Gocheok Sky Dome, Seoul, Korea pada 30 Januari 2020. Jangan terlepas untuk menyaksikan kemeriahan serta aksi bintang-bintang terunggul K-pop seperti TWICE, MONSTA X, NCT DREAM, SUPER JUNIOR, NU'EST, RED VELVET, AB6IX, TXT, ITZY, MAMAMOO, CHUNGHA, TAEYEON dan ramai lagi secara eksklusif di JOOX.

Menghangatkan lagi acara muzik ini, peminat K-Pop boleh menyokong idola-idoa kesayangan mereka dengan mengundi menggunakan Coin JOOX. Hadiah-hadiah menarik seperti set Nintendo Switch, akses JOOX VIP dan beg cenderahati JOOX menanti 10 pengundi terbanyak yang menggunakan Coin JOOX.


Tonton secara langsung eksklusif di JOOX pada 30 Januari, Khamis jam 5.50pm waktu Malaysia.

Tidak dapat menonton persembahan idola-idola kesayangan anda secara langsung? Peminat boleh menonton semula acara anugerah ini menerusi video-on-demand pada bila-bila masa sehingga penghujung bulan April dengan sarikata (Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia), eksklusif di JOOX!

JOOX telah menyiarkan MMA untuk tahun kelima berturut-turut, MAMA untuk tahun keempat berturut-turut, dan kini akan menyiarkan SMA untuk tahun ketiga berturut-turut. Peminat juga boleh menonton semula MMA dan MAMA di JOOX sekarang.

Nikmati muzik kegemaran anda dan persembahan secara langsung pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan memuat turun JOOX di telefon pintar atau desktop melalui Apple App Store dan Google Play Store, juga menerusi laman web JOOX.

2 comments:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!