Thursday, January 23, 2020

Resipi Sangkaya Macam Dekat Boat Noodle!


Hello korang!

Siapa sini suka makan dekat Boat Noodle? Sally nak kata suka sangat tu tak la tapi ada satu je menu yang akan membuatkan Sally masuk ke Boat Noodle iaitu Sangkaya. Jangan salah tau, Sangkaya yang Sally maksudkan ini bukan aiskrim kelapa dalam tempurung tu tau, tapi roti kukus yang dimakan dengan kaya pandan.

Kalau makan dekat Boat Noodle, selalu rasa macam tak cukup...at last Sally cuba juga la cari resipi, kebetulan Sally nampak resipi yang dikongsikan oleh adikfoods...mula-mula tengok video, lepas tu tengok resipi semua benda dah memang ada dekat rumah, terus la Sally buat. Senang je sebenarnya tapi cuba masa nak bagi likat tu yang agak lama.


BAHAN-BAHAN (4-6 orang makan)
½ cawan air pandan dari 5 helai daun pandan
1 kotak santan (200ml)
3 sudu besar susu pekat manis
Sedikit pewarna hijau (kalau suka)
Sedikit garam
¼ cawan gula
1 sudu besar tepung jagung
2 biji kuning telur
Esen vanila (kalau suka)
4 sudu susu cair (evaporated milk)
Roti benggali - dipotong kiub dan kukus (Sally guna roti keping biasa je..haha)

CARA-CARANYA
  1. Masukkan air pandan, susu pekat, santan, garam dan pewarna hijau (kalau suka, utk warna yg cantik) lepas tu dah boleh nyalakan api, kalau nak selamat gunakan kaedah double boil ataupun boleh je guna api yang paling kecil, jgn sampai mendidih
  2. Dalam mangkuk berasingan, letak gula, tepung jagung dan telur kuning, pukul sampai sebati lepas tu masukkan sikit adunan yang tengah panas tu, kacau rata dan campurkan dalam adunan asal
  3. Pastikan kacau selalu jangan sampai berketul atau mendidih, barulah sangkaya kita jadi cantik halus
  4. Bila dah yakin dan likat, masukkan dua sudu susu cair dan boleh la kukus roti
  5. Masa nak hidangkan, tuang lagi dua sudu susu air dan boleh makan dah!

Untuk resipi asal dan video untuk lebih mudah korang faham, boleh tengok kat link Adik’s Sangkaya Pandan & Roti Kukus by @adikfoods

2 comments:

  1. Akk kalau teringin sgt nak makan, selalu pergi kedai makan depan kg akk tu je, setiap sabtu ahad mesti sangkaya ni..sedap....

    ReplyDelete
  2. alahai banyak rupanya menu makanan yg sedap yg belum dimakan. haahhaa >.<

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!