Thursday, January 23, 2020

Resipi Daging Masak Lemak Cili Api Dengan Pucuk Ubi dan Petai!


Resipi Daging Masak Lemak Cili Api Dengan Pucuk Ubi dan Petai | Sally kan, bukannya suka gila dengan petai tapi kalau ada tu takkan tolak la nak makan...hahahaha...kebetulan mama balik daripada Cameron Highlands, sekali dia beli petai besar-besar isi dia...geram punya tahap sampai terus masak...hahahahaha


Ada orang suka guna daging salai untuk buat Masak Lemak Cili Api, tapi eh takde masa nak menyalai daging...hahahaha...masak je terus, ada juga Sally tengok orang tak celur dulu daun pucuk ubi tu tapi kalau ibu memang ajar suruh celur dulu, jadinya Kakak Kimchi korang ikut la...kang derhaka...haha...Lepas tu Sally suka ikut orang nismilan punya resipi, sebab senang..ihikkk

Resipi Daging Masak Lemak Cili Api Dengan Pucuk Ubi dan Petai

Bahan-bahan:
Cili padi, santan, kunyit hidup (serbuk kunyit pun boleh), daun kunyit, serai, asam keping (kalau perlu), garam dan gula

Cara nak masak (kalau ikut cara Sally)
  1. Celurkan pucuk ubi tu, dah lembut terus toskan air dia, perah sampai semua air takde then potong kecil (ada orang guna pucuk labu, boleh juga)
  2. Lepas tu tumbuk cili padi dengan kunyit hidup sampai agak lumat, then masukkan dalam periuk
  3. Masukkan santan, serai, daging...Masak guna api yang paling kecil, supaya tak pecah minyak (incase kalau risau daging tak empuk, rebus dulu)
  4. Dah agak lama tu, santan dah masak, masukkan pucuk ubi...kacau sekejap, masukkan daun kunyit (racik halus) dan petai, lepas tu terus tutup api (petai kalau lembik tak sedap)

4 comments:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!