Friday, January 10, 2020

Popiah Ayam Cendawan (Extended Version!)


Extended Version mendanyaaaa...hahahaha...

Haiii korang...masa tahun 2016 tengah viral pasal pau yang berbentuk cendawan tu kan...Rasanya sampai sekarang pun masih lagi viral, tapi Sally nak kongsikan kali ni bukanlah pau sebab Sally paling malas nak menguli...roti ke apu ke...I tak gemarrrr...


Resipi ini Sally buat dalam tahun 2016 juga, awalnya nak buat carbonara tapi end up habiskan sup cendawan yang ada baki masa buat majlis aqiqah anak buah Sally. Untuk tahun 2020 ni pula, walaupun masih dalam fasa batuk tahap nak tercabut dada, tapi gigih ya membalut 50 keping popiah seperti kebiasaannya.

Resipi masih sama kecuali kali ini Sally gunakan sos Ayam Cendawan jenama Prego (tin warna ungu). Jadinya lebih senang dan lebih mudah nak siapkan inti. Bahan-bahan masih sama seperti dalam resipi yang lepas, boleh check dekat link yang Sally sertakan eh (Resipi : Popiah Cheese Chicken Mushroom)


Orang lain buat Wantan Enoki, tapi Sally kan jenis derhaka sikit...hahahaha...maka terhasilnya Popiah Enoki. Actually tak plan pun nak buat tapi lepas dah gulung, ada berbaki lagi 7-8 keping kulit popiah ni haa...Sally dah gulung crabstick tapi kebetulan ada 3-4 je, masih jugak tak cukup...teringat ada posting yang viral pasal wantan enoki, walaupun derhaka tukar kulit wantan dengan kulit popiah, asalkan makan sedap kira aci jela eh?


Hasilnya, dapat la dua bekas popiah...kurang lebih dalam 40 biji lebih jugak la...Jadi la buat makan sendiri kan...Sebenarnya Sally suka buat sendiri kalau teringin nak makan, walaupun kadang tu jadi kadang tak, bila teringin kalau tak dapat nak beli atau susah atau mahal, memang Sally akan usahakan untuk buat sendiri.

Kalau korang suka popiah macam mana? Popiah Basah atau Goreng? Inti sayur atau inti lain? Share la dengan Sally!

No comments:

Post a Comment

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!