Thursday, November 28, 2019

Peminat KPOP! Dengarkan MMA dan MAMA 2019 secara LIVE di JOOX!


JOOX, aplikasi aliran muzik Asia yang paling popular dengan koleksi K-Pop, akan menutup tirai 2019 dengan dua penghargaan muzik Korea akhir tahun; Anugerah Muzik Melon (MMA) dan Mnet Asia Music Awards (MAMA) 2019 untuk pengguna JOOX Malaysia!

JOOX akan menyiarkan dua anugerah muzik terbesar dan paling berprestij di Korea; MMA untuk tahun kelima berturut-turut (eksklusif untuk pengguna JOOX) dan MAMA 2019 untuk tahun keempat berturut-turut, yang bakal menyediakan pengalaman hiburan muzik yang berbeza dan memberi peminat K-Pop peluang untuk menari, menjerit dirumah mereka sendiri atau betul-betul di hadapan idola mereka!



Anugerah Muzik Melon (MMA)
MMA 2019 (Melon Music Awards)
30th November 2019
6pm (Malaysia)

Bakal menggamitkan Gocheok Sky Dome pada 30 November, dengan barisan penghibur termasuk BTS, MAMAMOO, JANNABI, ChungHa and Heize!

Mnet Asia Music Awards (MAMA)
MAMA Japan 2019 (Mnet Asian Music Awards)
4th December 2019
6pm (Malaysia)

K-Pop bakal menawan Nagoya Dome pada 4 Disember! Merayakan tahun ke-11 MAMA dengan konsep "The Next DIMENSION: MUSIC", nantikan persembahan oleh BTS, GOT7, TWICE, MAMAMOO, Monsta X, ChungHa, Seventeen, dan penampilan khas Dua Lipa dari Britain, yang pernah bekerjasama dengan BLACKPINK!

Jangan risau jika anda tidak fasih dengan hangul, kerana kedua-dua program ini akan menyediakan sarikata dalam Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris bagi keselesaan dan kemudahan peminat Kpop di Malaysia.


Bermula hari ini juga, kita boleh mengumpul syiling JOOX, dan menghantar hadiah-hadiah kepada idol-idol kesayangan di MMA dan MAMA 2019! Nikmati muzik K-Pop kegemaran dan persembahan secara langsung pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan memuat turun JOOX di telefon bimbit dan desktop melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau JOOX website, atau mengakses laman web JOOX website. Muat turun sekarang untuk memulakan perjalanan muzik premium hari ini!

1 comment:

  1. Let's get loud.. Lalalala...

    Hahaha... Mantap lah peminat KPOP dapat tahu ni..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!