CERAHI KEHIDUPAN BERSAMA TOP KINI KEMBALI BUAT TAHUN KE-5


Siapa je yang tak pernah dengar jenama TOP? Sebuah jenama yang dipercayai oleh ibu-ibu dan juga merupakan penerima Putra Brand Award 2019 Platinum untuk kategori produk isi rumah. Buat tahun yang kelima, TOP telah bekerjasama dengan TESCO menerusi kempen CSR untuk mengumpul dana sumbangan pakaian seragam dan keperluan persekolahan kepada kanak-kanak Orang Asli di Pos Tenau, Kuala Rompin (Pahang) dan Sungai Lembing (Perak).

Sebelum ini, beberapa buah rumah anak yatim telah dipilih dan anak-anak yang berusia 7 hingga 17 tahun akan diberikan kelengkapan sekolah seperti pakaian seragam sekolah, kasut, stoking, beg sekolah, alat tulis dan buku latihan menerusi program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR), ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ sejak empat tahun lalu. Sehingga ke hari ini, lebih 1,800 orang kanak-kanak daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan telah menerima sumbangan daripada TOP.


Tahun ini, tahun kelima program ini, TOP memfokuskan komuniti luar bandar terutamanya Orang Asli. Walaupun populasi mereka hanya 0.7% daripada rakyat Malaysia, tetapi kebanyakkan mereka hidup dalam serba kekurangan dan diharapkan melalui inisiatif CSR ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’, dapat memberi motivasi kepada kanak-kanak daripada komuniti Orang Asli supaya lebih bersemangat untuk pergi ke sekolah, seterusnya menambah baik aspek kehadiran dan prestasi akademik mereka.


Kempen ini akan menyumbang 30 sen daripada jualan produk terpilih TOP daripada semua cawangan TESCO di seluruh negara dan menerusi Tesco Online bermula 15 November hingga 15 Disember 2019, dan kesemua kutipan akan disalurkan untuk membeli keperluan kembali ke sekolah kanak-kanak Orang Asli.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.southernlion.com.my atau hubungi khidmat pelanggan TOP di talian 1800-88-0133.

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!