Jangan Lupa Janji Temu Kita di Unity Festival Malaysia (#UniFestMy); Sabtu ini!



Diam tak diam lagi 2 hari je Unity Festival Malaysia (#UniFestMy) akan berlangsung!! Tak sabar rasanya nak jumpa artis-artis tanahair yang bakal menggegarkan festival ini!

Unity Festival Malaysia (#UniFestMy) akan berlangsung pada hari Sabtu, 30hb November 2019, dari jam 11 pagi sehingga 11 malam dengan tema putih dan hitam bertempat di APW, Bangsar. Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti jualan dan sesi pengenalan industri kecil dan sederhana (IKS) oleh golongan belia selain daripada persembahan dari artis-artis tempatan.

Kenapa korang tak boleh lepaskan peluang untuk ke Unity Festival Malaysia (#UniFestMy)?

Sebab ada persembahan artis-artis popular yang melibatkan 3 pentas serentak tanpa henti selama 6 jam. Artis-artis yang terlibat membuat persembahan adalah seperti berikut:


1. MK K-Clique
2. Tuju K-Clique
3. Dato’ AC
4. De Fam
5. Baby Shima
6. Zamani
7. Zizi Kirana
8. Syafiq Farhain
9. W.A.R.I.S
10. Kmy Kmo
11. Benzooloo
12. Fariq Frequensi
13. Luca Sickta
14. B-Heart
15. 25K
16. Keena (Mentor)
17. Salma (Mentor)
18. Kay (AF)
19. Ayu (OIAM)
20. KLPD
21. Mayhem Team Fr Luqe & Radz
22. OAG
23. Drama Band
24. Here Comes July
25. Margasatwa
26. An Honest Mistake
27. Zahir Zack
28. Deadwood
29. Yusef Kifah
30. Hazrain Norman
31. Jerryca Misty

Selain itu, terdapat juga artis-artis tempatan yang membuat penampilan di #UniFestMy seperti:

1. Nabil Ahmad
2. Kamal Adli
3. Shuib Sepahtu
4. Floor 88
5. Lan Solo
6. Safwan Nazri
7. Syaffiq Sahli
8. Lavina TV
9. Ajut
10. Dayana Roza
11. Shah Iskandar
12. Wanns Ahmad



Walaubagaimanapun, festival ini hanya terbuka kepada mereka yang berumur 16 tahun keatas sahaja. Semua pihak terutamanya golongan belia dijemput hadir. Harga tiket bermula dari RM30.00 sahaja!

Untuk lebih info tentang festival, boleh layari www.unifestmalaysia.com dan tiket-tiket boleh didapati di events.ubertickets.my/unifestmy

Post a Comment

1 Comments

  1. fuhhhh ramai betoi perform. so skrg kita nk jumpak kat mn ni.. tepi dewan tu ka. hehe

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!