Monday, October 21, 2019

Vivo NEX 3; Peranti Premium Dengan Inovasi Terbaru.



Tak sampai seminggu selepas Vivo melancarkan V17 Pro, Vivo sekali lagi menggemparkan pasaran peranti mudah alih (smartphone) dengan menawarkan NEX 3 yang menggabungkan inovasi terbaru untuk para pengguna yang inginkan pengalaman mudah alih premium.

KELEBIHAN YANG ADA PADA VIVO NEX 3

1) Paparan POLED Waterfall FullView™ Display menyediakan skrin yang luas dan melengkung yang kelihatan anggun. Paparan 6.89 inci tanpa takuk dan lubang ini mempunyai nisbah skrin-ke-badan sebanyak 99.6%, dengan pengalaman visual yang menakjubkan setiap kali mengangkat telefon.

2) NEX 3 diperkenalkan sebagai peranti yang tidak menggunakan butang fizikal dan mempunyai rekaan seamless dan touch-controlled unibody. Dengan teknologi X-axis Haptic Vibration, peranti ini menggunakan butang dengan sensor tekanan yang digelar Touch Sense untuk pengalaman yang selesa dan futuristik. In-Display Fingerprint Scanning pulak membolehkan kita membuka skrin dengan lebih cepat dan selamat.


3) NEX 3 hadir dengan gabungan tiga kamera dalam satu panel bulat, menciptakan Lunar Ring Camera System. Kamera utama 64MP, kamera sudut lebar 13MP, dan kamera teleskopik 13MP yang dilengkapi dengan keupayaan mengambil gambar dari segi wide-angle, telescopic dan macro.

4) Portrait Master’s Hyper membolehkan kita mengedit potret, meningkatkan ketepatan jarak dinamik antara muka pengguna dan latar belakang dan Pro Mode membantu kita menguasai fotografi tanpa memerlukan kit fotografi yang rumit.


Dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855 Plus dan memori kilat berkelajuan tinggi UFS 3.0, NEX 3 mempunyai kapasiti bateri (4500mAh), storan dalaman 256GB dan sokongan pengecasan pantas Vivo FlashCharge 22.5W serta teknologi penjimatan kuasa C-DRX memastikan peranti kekal berkuasa. Vapor Chamber Cooling System pula bertugas untuk mengekalkan suhu supaya kekal normal.


Sebagai konklusinya, NEX 3 dilengkapi dengan paparan Waterfall FullView™ Display (paparan yang amat luas dimana ia memaparkan skrin yang hampir tanpa bingkai) dan tiga kamera termasuk lensa utama 64MP yang bertujuan untuk memberikan liputan fokus yang penuh untuk kualiti gambar yang mantap dan NEX 3 juga hadir dengan bateri tahan lama.

NEX 3 hadir dalam warna Glowing Night dan boleh didapati di Malaysia dengan harga RM3,899.

3 comments:

  1. wow..harga dia...hihihi...
    tapi puas hati

    ReplyDelete
  2. kita nak satuuuu... nak untuk hadiah birthdayyyyy

    ReplyDelete
  3. canggih manggih laaa tepon skrng ni..
    semua pakat lawan nak keluarkan yang hebat belaka..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!