Saturday, October 26, 2019

SPRAY ANTI VOC PERTAMA DI MALAYSIA OLEH ACSON MALAYSIA.



Korang pengguna penghawa dingin? Kalau ya, mesti pernah dengar tentang Acson Malaysia; jenama penghawa dingin tempatan, tapi Sally bukan nak cerita pasal penghawa dingin, tapi pasal spray anti VOC yang pertama di Malaysia.

Anti Volatile Organic Compound (VOC) merupakan kompaun yang mampu meningkatkan kualiti udara dalaman serta memberi gaya hidup sihat kita. Bagi korang yang tak tau, VOC kalau yang dah sebati di udara dalaman, mungkin berbau dan tidak berbau, dan pernafasan di peringkat rendah VOC boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan dalam jangka masa yang panjang seperti kerengsaan mata, hidung, tekak, sakit kepala, pening, gangguan visual, gangguan ingatan dan kanser.

Anti VOC Spray direka khas bagi mengekalkan kualiti udara dalaman yang baik kerana hari ini orang ramai banyak menghabiskan sebahagian besar masa dalam persekitaran yang tertutup seperti rumah dan pejabat.

BAGAIMANA ACSON - SPRAY ANTI VOC BERFUNGSI?

Anti VOC Spray direka khas untuk menguraikan VOC, bahan kimia yang mungkin terdapat dalam produk rumah seperti cat, varnis, karpet, lantai vinil, produk kayu komposit, penyegar udara, produk pembersihan, rokok, dan ianya boleh kekal sehingga 2 tahun.

Selepas digunakan, ia memerlukan masa 24 jam untuk membentuk lapisan salutan. Nano Titanium Dioksida yang bertindak sebagai fotokatalis yang kemudiannya akan menguraikan bahan serta bakteria berbahaya ke dalam air dan karbon dioksida, dengan kehadiran lampu (cahaya matahari atau cahaya lampu). Tanpa gosokan yang kuat di permukaan, kesan fotokatalis boleh bertahan sehingga 2 tahun.

Acson Anti VOC Spray juga berkesan menghilangkan bau serta selamat untuk kegunaan dalaman. Contohnya, bau yang terhasil daripada lukisan dinding, perabot dalaman dan persekitaran dalaman yang baru diubahsuai.


ACSON AROMA DIFFUSER & AROMA DIFFUSER SPEAKER

Untuk meraikan ulang tahun ke-35 mereka, Acson Malaysia telah melancarkan Aroma Diffuser yang juga boleh berfungsi sebagai humidifier untuk mengekalkan kelembapan di udara pada tahap yang sihat dan selesa. Aroma Diffuser juga sesuai untuk individu yang selalu menghabiskan waktu yang lama dalam bilik berhawa dingin.

Acson Malaysia mengeluarkan dua model, Aroma Diffuser dilengkapi dengan tangki air 130ml dan menggunakan USB untuk aktifkannya manakala Aroma Diffuser Speaker didatangkan dengan tangki air 200ml dan boleh diaktifkan dengan pin 3-palam. Ia juga mempunyai fungsi tambahan seperti pembesar suara Bluetooth dan pemasa yang boleh diubahsuai. Kedua-duanya Aroma Diffuser kecil dan mudah alih.


Acson Anti VOC Spray dan Aroma Diffusers akan dijual secara eksklusif di PrestoMall dengan diskaun istimewa bermula dari 23-29 Oktober 2019 manakala untuk Acson Online Store pula akan mula dijual bermula pada 29 Oktober 2019.

Dalam tempoh promosi eksklusif ini, mereka yang membuat tempahan awal akan dapat membeli Acson Anti VOC Spray dengan harga diskaun RM 159 sahaja berbanding harga asal RM 209. Aroma Diffuser dan Aroma Diffuser Speaker berharga RM129 (harga asal RM169) dan RM189 (harga asal RM229). Secara berasingan, set minyak aromaterapi lavendar, eucalyptus dan lemongrass boleh didapati dengan harga RM49 (harga asal RM87), setiap botol minyak aromaterapi mengandungi 5ml.

Untuk keterangan lanjut, sila lawati https://acson.com.my.

4 comments:

  1. Wah ada anti voc spray lah. Macam macam bau ada ye

    ReplyDelete
  2. Wah, byk rangkaian produk a son keluarkan skrg. Menarik ni

    ReplyDelete
  3. Wah menarik nie.. macam-macam fungsi ada ya produk nie..

    ReplyDelete
  4. Sedap tak bau dia. Tak ada promo ke

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!