Belanja Hampir Setengah Juta, Majlis Perkahwinan Aiman Hazeem & Siti Nurhafizah Meriah!


Majlis Perkahwinan Anak Bonda Rozita | Dalam Malaysia ni, kalau sebut sahaja Bonda Rozita Ibrahim (Jamu Ratu Malaya), Dato' Seri Aliff Syukri (D'Herbs) dan Yatie (Sendayu Tinggi), majoriti akan kenal dengan mereka dan mengetahui kehebatan mereka dalam dunia pernigaan. Walaupun sebuah keluarga, namun mereka masing-masing mempunyai produk yang berbeza dan bersaing secara sihat.


27 Oktober 2019, menjadi saksi kepada majlis perkahwinan kepada anak lelaki bongsu Bonda Rozita Ibrahim; Aiman Hazeem dan pasangannya, Siti Nurhafizah. Jelas terpancar di wajah Aiman Hazeem & Siti Nurhafizah semasa majlis resepsi mereka yang diadakan di Dewan Perdana FELDA, Jalan Semarak. Menariknya, Siti Nurhafizah merupakan pegawai sumber manusia yang bekerja dengan Bonda Rozita dan beliau sendiri yang memilih Siti Nurhafizah sebagai menantu.

Sangat meriah!

Dua perkataan yang dapat menggambarkan majlis yang dihadiri oleh hampir 1,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai, stokis-stokis dan staf yang bekerja bersama ketiga-tiga nama besar tersebut. Tema Batik dan Kesultanan Melayu Klasik pilihan Bonda Rozita menggamitkan lagi majlis.


Sebelum majlis tu sempat bersama Bonda Rozita Ibrahim, Dato' Seri Aliff Syukri dan Yatie dalam sesi sidang media. Awalnya Bonda hanya ingin membuat majlis secara kecil-kecilan di rumah tapi dibantah oleh abang dan kak long kepada pengantin lelaki, jadinya setelah dipersetujui oleh semua pihak di Dewan Perdana FELDA.

Majlis juga meriah dengan pelbagai hadiah cabutan bertuah barangan mewah yang disponsor oleh Dato' Seri Aliff Syukri. Majlis juga turut diserikan dengan penampilan khas Dato' Jamal Abdillah yang menyanyikan 4 buah lagu termasuk lagu pilihan Bonda Rozita; 'Sendiri'.

Post a Comment

1 Comments

  1. Kalau tau ni dah lama mintak keje kat company Bonda Rozita. Hehe. Gurau je. Selamat pengantin baru untuk Aiman dan Nurhafizah

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!