Monday, October 7, 2019

Luckin Kopi; Kopitiam Hipster di Jalan Panggong.

Kopitiam Luckin Kopi, MRT Pasar Seni | Selain daripada cafe hipster, kopitiam merupakan tempat makan yang rakyat Malaysia takkan boleh elak, selain daripada mamak laa...hahahaha...Selalunya kalau pergi ke area Petaling Street, Sally akan pergi kat satu gerai untuk minum air soya, tapi kali ini berbeza sebab Sally masuk dalam kopitiam!

Risau tu jangan cakap la, bukan nak rasis tau tapi Petaling Street selalunya didominasi oleh kaum cina, jadinya bila dengar kopitiam dekat Petaling Street...terus rasa macam serba salah nak pergi, sekali sampai depan kedai, fuhhh...salah okay tanggapan Sally.

Luckin Kopi ini lain daripada yang lain ya sebab bukan macam tipikal kopitiam, tapi kat sini ada serve makanan yang sedap gila dengan harga yang berpatutan.


Luckin Toast & Luckin Kopi Kaw (Panas)

Kalau lepak kopitiam, set roti bakar wajib ambil okay...istimewanya dekat sini sebab roti bakar didatangkan dengan 3 jenis sapuan, ada kaya, coklat dan peanut butter. Butter pun ada disediakan sekali, jadinya kita boleh la kongsi.


Luckin Kopi Kaw

Guys, kalau pergi kopitiam tapi tak order kopi ialah satu keputusan yang salah ya, silap besar! Sebagai peminat kopi tegar, Sally memang suka kopi dekat sini, pekat dan memang kaw...biasanya memang Sally ambik kopi ais supaya dapat minum banyak. Order dua pun tak cukup!


Air Batu Campur (ABC)

Hahaha...yang ini kawan Sally yang order, cukup daripada setiap segi...yang penting halwa pun ada...memang kena la dengan selera. Tak menyesal order.


Sawadee Pasta

Awalnya ingat ni pasta pesto, tapi lepas makan tu baru rasa Thai dia. Masam-masam pedas, memang buat selera terbuka. Lepas tu ada makanan laut, cendawan lagi...bertambah la kena dengan selera Sally. Pasta ini sangat recommended!


Petai Bun

Bun panas makan dengan sambal ikan bilis petai, peminat petai mesti senyum je kalau dapat menu yang ini. Honestly suka sangat dengan bun yang satu ni sebab lembut, gebu dan sesuai kalau nak makan yang ringan-ringan.


Dim Sum


Soya Set

Soya suam yang pekat, memang totally made from scratch, bukan daripada kotak ya...sedap sangat, lepas tu ada dim sum dan juga pau Kimchi. Iye, #KakakKimchi korang kalau nampak je ada benda ada kimchi, terus nak beli...hahahaha

Korang jangan risau, kalau rasa nak singgah ke sini, boleh je naik MRT dan turun di stesen Pasar Seni, gate berapa tu Sally kurang pasti...hahahaha...tapi serius memang dekat sangat, kalau jalan kaki pun ada la dalam 100-200 meter sahaja, keluar daripada stesen, lintas jalan sikit dan dah sampai, cuma korang kena tahan sikit la sebab kat sini selalu penuh dan kadang tu kena tunggu meja kosong baru boleh masuk.

Overall, Sally sangat puas hati dengan menu dekat sini, lepas ni nak cuba Petai Pasta pulak, rugi pulak tak order masa datang haritu...hehehe...mungkin ini alasan yang kukuh untuk singgah makan di Luckin Kopi lagi sekali?

L U C K I N  K O P I
14, Jalan Panggong, City Centre, 50000 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


4 comments:

  1. Air batu campur dan soya yet tu sangat menyelerakan tekak zaza ahaha..nanti ada kesempatan pergi kl lagi boleh la cuba menu kat sini

    ReplyDelete
  2. plating dia unik. petai bun sambal ikan bilis petai memang rare betul

    ReplyDelete
  3. Sedapnya Sally.. nanti pi sana boleh lah Kak Sue cuba..

    ReplyDelete
  4. adoi dia tayang gambar food pulak dah.. apa awak ni apaaaani ???

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!