Moment Gembira di Butterfly Coachella Party.

GEMBIRA! TERLALU BANYAK HADIAH! MAKANAN SEDAP! MOMENT INDAH!

Susah betul nak describe perasaan masa Butterfly Coachella Party. Honestly Sally tak sempat nak buat preparation untuk ke parti ni, sebab ada event lagi yang Sally nak pergi tapi last minute cancel, dan sepantas kilat Sally msg dengan Tammy untuk mintak kebenaran nak datang ke parti ni..Bayangkan dalam masa kurang daripada 4 jam, Sally pergi beli baju, aksesori dan lain-lain tapi masih lagi tak dapat nak ikut tema sepenuhnya...Sedih!



Walaupun tak sempat nak berpakaian ikut tema sangat, tapi bila sampai je nampak semua Butterfly yang lain pakai baju, aksesori semua ikut tema...Cantik tu jangan cakap, semua memang all out, salute gila dengan effort masing-masing, sampai rasa bersalah la bila tak ikut tema sangat...Maafkan sayaaaaa!!

HEARTY PARTY SDN BHD
(www.facebook.com/heartypartymalaysia)



Lokasi Butterfly Coachella Party diadakan di Hearty Party, yang terletak di Setia Alam...Walaupun agak jauh daripada bandaraya, nasib baik juga la ada kak Eyza yang sudi bagi tumpang, jadinya takde la masalah nak ke sana. Rasa memang jauh tapi bila nampak matahari terbenam, masa tengah makan...hmm...terus speechless..cantik sangat!



Thank you jugak dekat TAG BOOTH (www.tagbooth.com.my) sebab sediakan banyak props untuk ambil gambar...Walaupun Sally tak sempat ambil gambar dekat sini, tengok gelagat masing-masing pun dah happy. Lain kali datang awal okay Sally!!



Yang best sebab masa parti ni kita kena buat beberapa task, lebih kepada sesi kenal dengan lebih rapat produk-produk penaja yang ada. Satu-satu barangan kutip, daripada datang dengan satu beg, balik beranak beg tu...ada yang 3 beg, ada yang 2 beg...hahahaha...seronok betul kumpul goodies daripada penaja...

ALTHEA KOREA
(https://my.althea.kr)



Althea memang sangat sinonim dengan The Butterfly Project...Best gila sebab boleh tengok produk-produk keluaran Althea sendiri; A'Bloom dengan lebih dekat. Paling Sally teruja sebab ada Althea ada baby baru iaitu Brow Wow.

Selain daripada tu, dekat pop-up booth Althea pun ada face mask yang comel-comel tuuu...Ada Peach, Watermelon, Lemon dan Avocado. Meringue Puff yang comel tu pun ada juga. Terima kasih jugak dekat Althea sebab bagi goodies yang best, lama betul Sally tak shopping dekat Althea sebab stok yang ada pun dah terlalu banyak. Bila dapat kotak Althea tu rasa macam nak lompat bintang! Hehehe



AVANTGARDE BLOOMS FLOWERS
(www.facebook.com/avantgardeblooms)



Avantgarde Blooms Flowers selalu ada untuk sokong program bawah The Butterfly Project, dapat fresh flower, rose pulak tu lagi la happy. Sally ambil ros kuning sebab melambangkan persahabatan dan keceriaan, sebab Sally memang happy dapat jumpa semua ahli Butterfly dan seperti mana warna ros kuning warnanya terang seperti matahari, harapnya kehadiran Sally pun macam membawa keceriaan la kepada semua...hehehe...apaaaa ni emosi pulak!!! 😂😂



SIGNATURE MARKET
(www.signaturemarket.co)



Siapa je yang tak kenal dengan jenama Signature Market. Daripada kekacang, seeds, cookies, buah-buahan kering, mi dan sebagainya ada. Signature Market ini terkenal sebagai pengeluar snek yang sihat dan organik. Sally selalu beli mix nut kat sini sebab tak payah nak pilih, banyak campuran dan setiap satunya sangat la sedap!



VOIR GALLERY
(www.voirgallery.com)



Kalau dah ada tema, maknanya fesyen itu salah satu perkara yang penting dalam parti ini. So, kehadiran Voir Gallery dan hadiah beg tangan yang diberikan sangat la comel. Dah lama Sally tak ada sling bag sebab asyik beli backpack je...Hahahaha...kembalilah dikau wahai sifat kewanitaan dalam diri!



CURMUDGEON'S BREW - COLD BREW COFFEE
(www.facebook.com/curmudgeonsbrew)



Coffee dan Sally tu umpama isi dengan kuku tau, tak boleh berjauhan...first time rasa memang terus jatuh hati. Bukan setakat kopi, minuman coklat dia pun sangat la sedap, menggunakan serbuk koko premium, susu segar, tanpa gula...apa lagi nak kan, sedap dan lemak secara semulajadi.



Dengar kata ada produk baru, jangan lupa cuba Sugar-free Valrhona Chocolate Milk (RM7). Kalau nakkan kelainan, cuba kopi dengan peanut butter. Lain daripada yang lain bukan?



Lérz' Tea & Coffee (Fruit Tea)
(www.facebook.com/lerzmalaysia)

Lérz' Tea & Coffee milik salah seorang rakan blogger, Tommy Tong tapi sekarang Tommy dah lebih fokus kepada media sosial Instagram sebagai influencer. Rugi sangat tak sempat ke majlis pembukaan Lérz' Tea & Coffee di The Starling.

Sally suka gila kombinasi mangga dan teh, tapi teringin betul nak cuba Wintermelom Ice mereka. Mintak-mintak cepat la buka kembali outlet mereka (tutup sebab ada renovation).



JomParty
(www.facebook.com/Jompartylah)

OMGeeeee...tak tipu, makanan daripada JomParty semua sedap...Sampai ke hari ini masih lagi menyesal sebab cover cantik makan sikit-sikit je...light portion tapi kualiti rasa tu macam dia buat satu-satu dengan penuh kasih sayang...hahahaha...kalau la JomParty ada cafe, surely Sally akan jadi dia punya regular customer sepanjang masa~



SIDH HAIZAD YUSOFF
(www.facebook.com/sidhaizadyusoff)

Thank you Sidh Haizad Yusoff sebab menceriakan kami dengan lagu-lagu akustik. Selain daripada suara sedap (tapi makanan JomParty lagi sedap) hahahaha...pandai main gitarrrr...eh mendayu-dayu rasa sepanjang malam dengar suara dia.



Thank you Eros (www.fishmeatdie.com) sebab capture semua moment yang indah ini, a big thanks juga kepada The Butterfly Project Malaysia, our Tammy especially and the team sebab anjurkan Butterfly Coachella Party. Terasa disayangi dan diterima, walaupun tak selalu jumpa...tak kira la daripada pelusuk mana pun kita datang, komuniti yang bergerak bersama akan menjadi semakin kuat.

(Alaaa...apa ni menaip pun nak menangis...emosional sungguh! 😅)

Post a Comment

9 Comments

  1. hamboi-hamboi....
    have fun ya..menarik..

    ReplyDelete
  2. perghhh
    ada Lerz tu
    aku suka juga minum air dia
    ini lah gambar ko share ala-ala retis sua microphone dekat peminat tu kan?
    hahaha

    ReplyDelete
  3. Untungnya dpt p event mcm ni, menarik sgt

    ReplyDelete
  4. Best tengoknya.. Meriah.. Macam-macam ada.. Cantik baju sally. Eh.. Hehehe

    ReplyDelete
  5. Bestnya tengok dia join party buttterfly ni.. Jealous akak tau. Meriah sgt

    ReplyDelete
  6. wow seronoknya coachella. selalu dengar dkt us je. sekarang kt malaysia pun ada. hebat :)

    ReplyDelete
  7. Seronoknya dapat jadi buterfly kita kupu-kupu...

    ReplyDelete
  8. nampak sgt kegembiraan awak tu...
    colorfull betul burger2 tuu...

    ReplyDelete
  9. awak ni gi party sensorang je.. tak ajak kite pun.. huurm..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!