Wednesday, October 30, 2019

[REVIEW] Philips SpeedPro Max Aqua


Philips SpeedPro Max Aqua | Menyapu, mengemop, vakum selalu buat kita letih, kadang tu bukannya bersih sangat dan agak renyah...Disebabkan itu juga la kadang-kadang kita jarang nak bersihkan rumah dan hanya buat secara berkala tapi masalahnya kalau berkala, rumah jadi tak bersih dan berhabuk!


Jujurnya Sally pun macam tu juga, memang tak la nak menyapu setiap hari, lepas tu nak mengemop, dah la kena buat 2-3 kali pula tu...Jadinya, Sally dapatkan satu alat yang boleh mengemop, menyapu dan vakum! Philips SpeedPro Max Aqua merupakan sebuah vakum tanpa wayar terpantas dengan fungsi pembersihan 3 dalam 1; jadinya boleh perangkap lebih banyak kekotoran dengan lebih cepat.

Philips SpeedPro Max Aqua menggunakan teknologi inovatif untuk memberikan pengalaman pembersihan yang berkuasa dengan kelajuan tanpa tandingan. Muncung sedut 360° nya yang berkuasa, membolehkan pengguna menangani kekotoran pada pelbagai jenis lantai di rumah dalam hanya satu sesi pembersihan. Kita boleh memerangkap lebih banyak kekotoran, malah kekotoran degil, yang tidak boleh disedut oleh vakum biasa.


Philips SpeedPro Max Aqua menampilkan pengalaman pembersihan 3-dalam-1 tanpa wayar paling pantas setakat ini, dengan bantuan muncung sedut 360°, motor digital PowerBlade dan teknologi PowerCyclone 8. Muncung 360° pada Philips SpeedPro Max Aqua boleh menyedut debu dan kekotoran dengan lebih pantas - bukan hanya semasa pergerakan ke hadapan, tetapi juga ke belakang dan daripada semua sudut. Lampu LED tu pula bagi kita nampak semua partikel kecil yang tak nampak pada mata kasar, walaupun dah menyapu tapi habus tetap ada!

Selain daripada itu, sistem penapis tiga peringkat dengan teknologi terkini juga memerangkap sehingga 100% debu-debu halus, bakteria dan alergen bagi penghasilan udara yang lebih bersih.

Pembersihan tanpa wayar tanpa gangguan

Selalu kalau vakum biasa, kita terikat dengan wayang yang panjang, kadang tu agak sukar nak bergerak sebab keterbatasan panjang wayar untuk ditarik tapi lain pula dengan Philips SpeedPro Max Aqua. Bagi pembersihan tanpa gangguan, bateri ion litium 25.2V membolehkan kita menggunakannya sehingga 75 minit sebelum perlu dicas semula, sementara paparan digital pintar mempamerkan kelajuan dan penggunaan bateri agar kita tidak perlu risau tentang keperluan membersihkan penapis sehingga tiba masa untuk melakukannya.


Philips SpeedPro Max Aqua juga sangat memudahkan tugas Sally untuk memerangkap kekotoran di sudut-sudut sukar sebagai contoh di bingkai pintu, kusyen perabot dan sawang lelabah dengan mengubah kepada mod pembersihan menggunakan unit alat pegangan bersepadu. Malah, partikel kecil seperti cebisan makan serta bulu haiwan juga mudah disedut dalam hanya beberapa saat. Jadinya walaupun ada kucing dekat rumah, Sally tak perlu risau kalau nak bersihkan bulu-bulu mereka yang melekat dekat kusyen atau sofa.


Ibu pun mudah nak guna sebab ianya tidak terlalu berat. Secara keseluruhan daripada lantai dapur berjubin sehingga bilik tidur, ruang tamu yang berpermaidani, dan setiap pelusuk ruangan rumah boleh dibersihkan dengan bantuan Philips SpeedPro Max Aqua. Ibu pun tak mengeluh lagi sebab dah tak perlu nak perah mop.


Kalau korang berminat nak dapatkan, Philips SpeedPro Max Aqua dijual pada harga runcit yang disyorkan RM2,599 di Philips Brand Store yang terletak di Publika Shopping Gallery dan Wangsa Walk Mall, serta di rangkaian rakan peruncitan dan kedai rakan pengedar Philips di seluruh negara, di samping gedung rasmi dalam talian di laman web Lazada (www.lazada.com.my/philips-official-store). Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Philips di Malaysia, boleh layari www.philips.com.my.

10 comments:

  1. Wahh..bestnya. Tengah survey jugak ni, boleh la try yang ini.

    ReplyDelete
  2. Vakum macam nihlah memang jadi pilihan. Mudahkan kerja kan

    ReplyDelete
  3. Berkenan gila akak hat nie.. tapi tu la jenuh nak menabung nie.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. adoi..saje je tau...
    ni kena menabung ni..

    ReplyDelete
  5. Ni kalau vacuum carpet syok, abis bersih carpet dia sedut

    ReplyDelete
  6. nii memei best ni kalau dapat satu :)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!