Wajah Baharu Minyak Masak ALIF



Selama nak dekat 29 tahun hidup ni, walaupun membesar dengan makanan bergoreng tapi sejauh mana kita kenal dengan minyak kelapa sawit kita? Soalan ini bukan hanya untuk korang tapi juga untuk diri Sally sendiri, walhal Malaysia negara kita ini merupakan antara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia tau.



Semalam telah berlangsung majlis memperkenalkan label terbaharu minyak masak jenama ‘ALIF’ dengan penampilan yang lebih dinamik dan berinformatif keluaran Syarikat Sime Darby Oils; yang merupakan anak syarikat milik penuh Sime Darby Plantation Berhad, iaitu pengeluar minyak sawit diperakui lestari terbesar dunia. Pelancaran rasmi telah disempurnakan oleh Menteri Industri Utama, Yang Berhormat Puan Teresa Kok di majlis yang turut mempertontonkan tayangan perdana iklan minyak masak ‘ALIF’ yang bertajuk ‘Ladang ke Dapur’.



Melalui konsep ‘Ladang ke Dapur’ (farm-to-table), Sime Darby Oils memastikan setiap proses penghasilan minyak masak ‘ALIF’, dari penuaian buah kelapa sawit di ladang sehinggalah ke proses penapisan minyak sawit dan pembotolan produk di kilang, diurus dan dikawal rapi mengikut tahap piawaian yang tinggi.

Minyak masak ‘ALIF’ dihasilkan daripada minyak sawit mentah bermutu tinggi yang diuji untuk menentukan kualitinya terlebih dahulu dan kemudian disuling untuk menghasilkan minyak masak. Secara semula jadinya, minyak sawit amat kaya dengan karotenoid dan Vitamin E, iaitu sumber antioksidan yang memberi manfaat kepada kesihatan jantung serta pengurangan kadar kolesterol tidak baik. Minyak sawit itu sendiri adalah produk bebas kolesterol dan lemak trans, serta sesuai digunakan untuk menggoreng berulang kali.



Selain daripada itu, minyak masak ALIF juga mempunyai pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mereka turut memberi jaminan bahawa minyak masak ‘ALIF’ dihasilkan sepenuhnya secara mampan atau lestari, ini dapat disahkan dengan penampilan logo pensijilan ‘Roundtable on Sustainable Palm Oil’ (RSPO) pada label minyak masak ‘ALIF’.

‘Roundtable on Sustainable Palm Oil’ (RSPO)“ memberi jaminan kepada pelanggan bahawa minyak masak ‘ALIF’ dihasilkan tanpa mengakibatkan kerosakan kepada alam sekitar dan biodiversiti. Sime Darby Oils turut memastikan agar suasana kerja serta hak para pekerja terpelihara, dan kepentingan masyarakat di sekeliling operasinya sama sekali tidak terjejas dalam proses menghasilkan minyak masak ini.



Bersempena pelancaran label baharu minyak masak ‘ALIF’, Sime Darby Oils turut mengumumkan Pertandingan ‘Mastaclass Goreng’ yang akan diperkenalkan pada suku keempat tahun 2019. Pertandingan secara atas talian ini menawarkan hadiah kepada 20 pemenang bertuah untuk muncul di program ‘ALIF MastaClass Goreng’ bersama dua selebriti terkenal, Chef Nik Michael Imran serta pelakon dan penyanyi terkenal Alif Satar, sebagai hos program tersebut. Program ‘ALIF MastaClass Goreng’ ditayangkan secara eksklusif di Laman Facebook Minyak Masak ‘ALIF’.



Label baru ‘ALIF’ turut menampilkan logo ‘Sayangi Sawitku’ sebagai tanda sokongan Sime Darby Oils kepada aspirasi kempen tersebut yang diperkenalkan oleh kerajaan. Kempen yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada bulan Mac 2019 tersebut bertujuan untuk meningkatkan rasa bangga dan penghargaan masyarakat terhadap sumbangan minyak sawit Malaysia kepada negara dan dunia, sekaligus memperkukuhkan lagi sokongan rakyat tempatan kepada industri sawit Malaysia.

Post a Comment

0 Comments