Thursday, September 19, 2019

Restoran Sisik Ikan Bakar; Tempat Makan Makanan Laut Segar Area GM Klang.



Lepas penat shopping dekat GM Klang tu, mesti rasa lapar. Shopping juga guna tenaga yang banyak tau! Masa awal-awal masuk GM Klang, Sally dah perasan dah kedai ni...Malam tu terus la cuba makan kat sini sebab ada banyak pilihan menu makanan laut segar.

Restoran Sisik Ikan Bakar dulunya dikenali sebagai Resipi Warisan Tok telah
ditubuhkan pada tahun 2013. Konsepnya ingin mengetengahkan dan memartabatkan masakan melayu asli. Berdarah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka; beliau menzahirkan cara memasak dan resipi serta nama setiap hidangan yang disajikan disini.



Rambang mata jadinya tengok semua pilihan makanan laut yang ada, mungkin sebab kedudukannya yang berdekatan dengan pelabuhan Klang, jadinya pilihan makanan laut semuanya segar. Tengok la ikan, udang, sotong, ketam, kerang, pepahat...eh pendek kata semua jenis pilihan ada; harga pun sangat berpatutan.


Kalau korang nak datang waktu pagi atau tengahari pun boleh tau sebab bermula jam 8.00 pagi - 4.30 petang mereka menyajikan masakan asli melayu dan 5.00 petang - 12.30 tengah malam untuk menu yang berasaskan makanan laut seperti ikan bakar berempah, ikan bakar tempoyak, sotong bakar, pepahat dan sebagainya. Tidak lupa juga, aneka pilihan asam pedas resipi warisan yang merupakan salah satu antara “hot seller” di Restoran Sisik Ikan Bakar.

Sally suka gila dengan pais tempoyak yang ada kat sini, pilih pula ikan siakap memang kena betul. Kat sini kalau nak buat pais tempoyak bukan terhad kepada ikan patin sahaja tau, korang boleh pilih pelbagai jenis ikan yang lain, kalau Sally memang ngam makan dengan ikan siakap laa..hehehe



Untuk tambahan, Mereka juga menyajikan Nasi Lemak Buluh Perindu, kalau padankan dengan ikan bakar memang terbaik! Nasi Lemak Buluh Perindu merupakan nasi lemak yang di kukus dalam buluh. Aroma daun pisang tu memang menaikkan selera.


Selain daripada ikan bakar, pais tempoyak, asam pedas...dekat sini pun ada steamboat juga tau, tapi bukan la free flow, ada set-set yang tertentu untuk pilihan steamboat. Sally pilih Set Kuda Laut (sesuai untuk 8-10 orang); dapat ikan, sotong, ketam dan macam-macam lagi.


Kalau korang ada berdekatan dengan GM Klang, atau kawasan sekitar dan teringin nak makan makanan laut yang segar-segar dan berpatutan, korang boleh la cuba makan di Restoran Sisik Ikan Bakar, bukan setakat bakar-bakar berempah, ada pais, ada asam pedas, singgang, pendek kata yang mana terlintas dalam fikiran korang tu Insya-Allah ada dekat sini.


Lokasi & Alamat
Berhadapan dengan GM Klang Wholesales City.
No 32 Jalan Kasuarina 1/ks7,Bandar Botanic, 41200, Klang, Selangor Darul Ehsan.

Facebook : facebook.com/restoransisik
WhatsApps : https://wa.me/+60192263004 & https://wa.me/+60162240474

14 comments:

  1. Nampak sedap, tapi jauh...kalau ada kesempatan dan cuaca dah elok boleh pi

    ReplyDelete
  2. Meriahnya nengok menunya, selalu menginap hotel di belakang tu, tapi belum berkesempatan nak makan di sini. Next time mesti kena singgah ni...

    ReplyDelete
  3. Pepahat ni fav akak Sally...sedapnya. Kalau naik KL & pegi GM Klang bleh singgah isi perut ni

    ReplyDelete
  4. The seafood looks so fresh and delicious

    ReplyDelete
  5. Fuhhhh... Meleleh uihh tengok gambar tu.. Lala ke kepah tu sedapnyeeee.. Lama tak makan masakan sebegini..

    ReplyDelete
  6. fuh.. menu semua buat my mouth watering la sally.. nyum2

    ReplyDelete
  7. ya allah..sedapnya semua...nak juga la rasa..nanti balik klang boleh singgah..fuh..fresh nampak semuanya

    ReplyDelete
  8. Alahaiii teringin balik nak makan kat sana bila tgok gambar ni. Kejam kejamm..huhuhu

    ReplyDelete
  9. Ya ampun kenapa semua menu2 dia nampak jahat sgt. Sian perut kita ni.

    ReplyDelete
  10. Wow meriah gila tengok semua menu... Ni melantak ke apa sally? Haha.. Nmpk segar2 lah kat sana... Mcm2 ada boleh pilih mne suka

    ReplyDelete
  11. Kalau nak makan lauk tempoyak nanti bolehlah datang sini.. Sedap2 menu dekat sini kan..

    ReplyDelete
  12. sedapnya! Tak pernah lagi makan ikan siakap tempoyak

    ReplyDelete
  13. walawehhhh
    nampak sedap
    kena cuba nanti

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!