Friday, September 6, 2019

Pengasas FGG Terima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019.



TAHNIAH!

Satu anugerah yang cukup bermakna; Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 daripada majalah The OIC Today diberikan kepada Dato' Sri Mahadi BZ, pengasas Financial Genius Group (FGG). Anugerah ini diberikan kepada beliau sebagai sebagai pengiktirafan kepada sumbangan beliau kepada dunia Islam.

Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadi BZ merupakan antara 6 tokoh yang menerima anugerah ini pada tahun 2019 dan merupakan antara tokoh yang termuda yang pernah menerima anugerah ini. Anugerah The Jewels of Muslim World sinonim dengan penerima yang memberikan sumbangan terhadap proses Pembangunan Modal Insan Negara, selain memainkan peranan dalam memperkasakan kebajikan Islam.


Sally rasa teruja masa ke 9th Muslim World Biz 2019 di KL Convention Centre smlm, dpt jumpa Dato' Sri Mahadi BZ. Dgr beberapa minit perkongsian daripada beliau pun dah boleh buat kita rasa bermotivasi untuk mengubah gaya hidup kita ke arah yang lebih baik. Beliau seorang yang tidak kedekut input dan yg penting tak sombong.

Perkongsian beliau tentang Rasulullah SAW dan juga bidang perniagaan pun boleh buat kita sedar nak berjaya tu bukan senang tapi perlu usaha yang berterusan dan yang penting percaya pada aturan-NYA.


Selain itu, beliau turut memanfaatkan 9th Muslim World Biz 2019 untuk memperkenalkan Financial Genius Group (FGG) kepada masyarakat Malaysia khususnya. Beliau juga telah dijemput untuk menyampaikan World Class Talk bertajuk "Fundamental Components to Forge 21st Century Leaders" dihadapan lebih 100 peserta dari 57 buah negara Islam. Dalam perkongsian beliau ada beberapa tips penting dan rahsia untuk membentuk pemimpin Abad-21 yang kental, berdaya saing dan mampu mengharungi cabaran dunia hari ini.

Kalau korang nak tau pasal FGG, boleh ke laman Instagram mereka (@mahadibz) atau (@financialgeniusgroup). Semoga akan ada lebih ramai penerima muda dan wakil daripada Malaysia yang akan menerima anugerah ini pada masa hadapan.

#GoForwardConfidently
#MahadiBZ

1 comment:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!