Matxi Corp Tembusi Pasaran Malaysia & Sambutan Ulangtahun Ke-2!




Matxi S.G mungkin kurang dikenali di Malaysia, tetapi tidak di Vietnam, kalau tidak masakan hampir 2,000 pengedar dari 30 negara hadir bagi meraikan ulangtahun penubuhan Matxi S.G yang kini dikenali sebagai Matxi Corp selepas mengumumkan pelaburan strategik dari kumpulan Malaysia, Korea dan juga Amerika Syarikat.



Matxi Corp (Vietnam) merupakan anak syarikat MIIC Holdings Sdn Bhd; syarikat ini mempunyai pengkhususan dalam latihan perniagaan, pembangunan manusia, serta membantu pengedar menghasilkan jualan yang cemerlang. Dalam tempoh 2 tahun sahaja mereka mampu menghasilkan lebih daripada 20,000 pengedar dan agen (data diambil sehingga Julai 2019), semestinya menjadikan mereka sebuah syarikat yang gah di Vietnam.



"You Deserve A Better Life", slogan mereka yang bermatlamat untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada pengedar mereka seterusnya menjaga kepentingan pelanggan, komuniti, rakan kongsi dan pelabur.

Selain latihan dan pembangunan perniagaan, Matxi Corp juga memberi tumpuan kepada bidang-bidang yang seperti berikut:

- Hartanah
- Peruncitan Bahagian Kanak-Kanak
- Percetakan dan Pembungkusan
- Syarikat Penyelenggara Acara
- Produk Kesihatan dan Pengeluran Kosmetik
- Restoran


Cik Nhung (Pengarah Matxi Corp Vietnam) bersama pengacara majlis.

Matxi Corp mempunyai pusat penyelidikan mereka sendiri yang mengkaji dan meningkatkan kualiti produk dari semasa ke semasa disamping mengekalkan harga yang berpatutan. Matxi Corp juga telah menandatangani kontrak strategik dengan pusat penyelidikan dan kilang pembuatan di Amerika Syarikat, Jerman, Korea Selatan dan Malaysia untuk memindahkan teknologi, penyelidikan dan mengubahsuai pengurusan dan aliran operasi mengikuti piawaian yang paling ketat.

Di Vietnam, Matxi Corp merupakan pemilik Medino; kilang berstatus GMP yang terletak di Amata Industrial Park dengan keluasan 7,000m2. Kilang ini mempunyai pengkhususan dalam pembuatan produk makanan dan kosmetik dengan kapasiti 1.5 juta produk sebulan.

Sebagai bukti mereka mementingkan kebajikan agen dan pengedar mereka, Matxi Corp mengurangkan 10% keuntungan bulanan mereka untuk meringankan beban beribu-ribu isi rumah di Vietnam. Mereka juga mula menjalankan Yayasan Amal Matxi dengan memberi perlindungan sosial untuk kanak-kanak dan warga tua di Rumah Ah Nhien.





Acara ini juga memperkenalkan dan memberi input daripada wakil-wakil negara; Cik Nhung (Pengarah Matxi Corp Vietnam), Encik Kenny (Pengarah Matxi Corp Malaysia), Cik Jenny (Pengarah Matxi Corp USA), Cik Luck Kim (Pengarah Matxi Corp Korea) dan Encik Matthew James Morris (Pengarah Pembangunan Perniagaan MIIC Holdings Sdn Bhd).





Sempena ulangtahun kedua Matxi Corp juga, mereka telah memberikan pengiktirafan kepada semua ahli dan pengedar yang telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Semoga Matxi Corp akan kekal gah sebagai sebuah syarikat yang memberikan ruang kehidupan baru kepada masyarakat Vietnam, Malaysia, Korea serta Amerika Syarikat.

[Malaysia]
Matxi Malaysia Sdn Bhd (1340975-W)
Facebook: facebook.com/MatxiMalaysia
Instagram: instagram.com/matxicorp
#MATXICorp #YouDeserveABetterLife

Post a Comment

1 Comments

  1. Happy 2nd anniversary matxi..wish you more successful in future...

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!