Batas Ubi Deer Farm & Grill; Nikmati Daging Rusa Segar Dari Ladang!


Korang peminat daging rusa?

Sally mmg meat eater, tapi jarang sangat la makan daging rusa sebab mahal dan tak senang nak cari melainkan ada beberapa kawasan sahaja ada jual di Kuala Lumpur ni. Teringat masa Sally ke Kedah, specifically dekat daerah Yan, singgah di Batas Ubi Deer Farm & Grill.

Basically di sini korang boleh tengok rusa, beri makan dan bermain dengan rusa. Bukan senang tau, tau je la...dapat yang liar tu mau kena tendang je tapi yang disini dijaga dengan rapi dan bukanlah kategori rusa liar.



Disebabkan Sally teruja pada makanan, jadinya nak kongsikan dekat korang tentang daging rusa yang boleh korang nikmati segar daripada ladang. Walaupun macam agak kejam je makan daging rusa dalam ladang rusa, tapi bila dah makan tu tak menyesal ok!

Sebenarnya kalau nak suruh Sally describe rasa daging rusa tu, susah juga cuma yang Sally boleh yakin daging kat sini segar dan bersih kerana di sembelih oleh mereka sendiri sebelum daging di perap dengan perapan istimewa resipi daripada chef. Apa yang Sally tau, daging rusa adalah lebih halus teksturnya daripada daging lembu dan kambing.





Untuk DIY Mixed Grill, korang boleh pilih mengikut citarasa korang. Pada Sally harganya sangat berpatutan; RM140 untuk set 4 orang. Recommended sangat kalau korang lengkapkan makan malam korang dengan garlic bread dan mushroom soup kat sini. Sedap sangat!




Sesi memberi makan kepada rusa


Kata pengasasnya; Mazlan Jaafar, baka rusa spesis Cervus Timorensis yang diambil daripada Indonesia tidak memerlukan permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara. Harga daging rusa spesis ini boleh mencecah RM70/sekilo tau!

Bermula sebagai hanya hobi di masa lapang, beliau kini mempunyai hampir 60 ekor rusa dalam satu-satu masa. Selain daripada dijual, Batas Ubi Deer Farm juga memberikan kita pengalaman untuk berada dekat dengan rusa, belai pun boleh!



BATAS UBI DEER FARM

Lot 2679, Kg Batas Ubi, Teroi, 06900 Yan, Kedah.
www.facebook.com/BatasUbis-Grill

Waktu operasi :
Setiap hari Jumaat dan Sabtu
Sesi 1 : 5.00 petang - 7.00 petang
Sesi 2 : 8.00 malam - 10.00 malam

Tempahan selewatnya sebelum hari RABU setiap minggu
Minimum 4 orang setiap tempahan

Tempahan berkumpulan :
Dibuka setiap hari untuk 32 orang ke atas. Tempahan harus dilakukan seeloknya 2 hari lebih awal daripada tarikh yang diingini.

TEL : 012-431 3635

💭 Korang tau tak yang tanduk rusa jantan akan luruh sendiri selepas musim mengawan?

Post a Comment

15 Comments

  1. alamak...rusa akk x makan dik...
    husband akk suka la...

    ReplyDelete
  2. Rasa macam belum pernah rasa daging rusa nie Sally.. nampak macam sedap..

    ReplyDelete
  3. alomok.. Sedapnye.. x pernah lagi mkn daging rusa...

    ReplyDelete
  4. Pernah rasa sekali je daging rusa tapi dah lama giler..fuhh terliur tgk gmbr tu sally oiii..

    ReplyDelete
  5. Aduhhh..akk tak makan rusa. Org kata sedap tapi tu lah..mmg tak boleh masuk kat tekak ni

    ReplyDelete
  6. Setakat ni tak pernah lagi makan daging rusa. Tak tahu la boleh masuk kat tekak ke tidak. Aduhai..
    Tapi tengok menu disajikan tu bukan main sedap lagi.
    Harga pun tak mahal mana la kalau bajet tuk 4 orang makan.

    ReplyDelete
  7. Yang suka daging rusa, kena try makan kat sini ni...

    ReplyDelete
  8. Halamak.. Sedapnye, kena pergi kedah nampaknye nih..

    ReplyDelete
  9. Rasa macam nak bela Rusa la pulak. Harga dia boleh bikin jutawan nih.Heheh

    ReplyDelete
  10. Eh menarik pulak tempat ni. Boleh bagi rusa makan lagi. Harga set pun murah je. Bookmark terus.

    ReplyDelete
  11. Akk tak makan daging rusa, tapi husband kata sedap

    ReplyDelete
  12. Fav akak ni rusa...wah ada port boleh la try

    ReplyDelete
  13. la kenapa saya baru tau kewujudan tempat ni! kena try pergi ni taklah jauh sangat dengan tempat tinggal saya..hehe

    ReplyDelete
  14. Tak pernah makan daging rusa.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!